Pemalu dan Pendiam dituduh Sombong.

Saturday, March 9, 2013


Sombongnya mamat/minah ni,, Orang lain pung pang pung pang berborak dia pulak diam tak terkata,, Tanya sepatah jawab sepatah,, Macam lar bagus sangat,, Patut lar tak ramai kawan,, 
Ayat diatas ini adalah kebiasaan akan ditujukan kepada hamba Allah yang mereka anggap sombong yang mana mereka ini boleh dikategorikan sebagai pendiam atau pemalu.  Adilkah untuk menuduh seorang yang pendiam itu sedemikian rupa,, sikap sombong vs pemalu vs pendiam mewakili sifat yang berbeza,, 


Saya mempunyai masalah dalam berkomunikasi kerana saya seorang yang pemalu dan agak pendiam. Saya malu untuk berkomunikasi dengan mereka yang tidak dikenali/ baru saja berkenalan, terutamanya lelaki. Hal ini membuatkan orang lain beranggapan saya seorang yang sombong. Lagi, yang membuatkan saya terasa hati mereka bercerita tentang saya yang sombong kepada orang lain yang mana membuatkan mereka yang lain turut juga tidak menyukai saya,, Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.  Saya tidak tahu bagaimana untuk bermesra dengan teman-teman sepertimana yang dilakukan oleh mereka, termasuklah pung pang pung pang berlainan jantina,, sikap malu saya masih menebal dalam diri,, adakah saya perlu kikis atau buang sikap malu saya?? dengan itu saya mungkin mempunyai lebih ramai kawan termasuklah lelaki dan perempuan,,  
Seringkali hal ini berlaku kepada mereka yang mempunyai sikap 2P ini (pemalu & pendiam),, mengikut pendapat aku, sifat 2P ini mungkin telah menjadikan kebiasaan bagi mereka yang dalam keluarga yang jenis tidak banyak cakap,, lebih suka untuk berdiam dari berbual kosong yang tiada faedah (bagi pendapat aku *be positif),, tapi itu tak bermakna mereka itu sombong,, malu adalah sebahagian daripada iman,, sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.  diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu álaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang didalam pingitannya.  

Tetapi letaklah rasa malu ditempat yang sepatutnya,, ayat ini membawa maksud kita boleh mempunyai perasaan malu tetapi janganlah malu dalam menegakkan syiar islam dan menuntut ilmu agama,, walaupun dunia semakin moden dan global namun ia bukanlah isyarat hijau untuk kita membuang sifat malu dalam diri terutamanya dengan yang berlainan jantina,, Al-Quran adalah panduan yang boleh digunakan sepanjang zaman dan tiada istilah ketinggalan zaman,, Yakinlah dengan Suruhan-Nya,, 

Ciri-ciri sifat orang yang sombong:-

  1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.  
  2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutamanya orang dibawahnya.  
  3. bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
  4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang dikhalayak ramai.
  5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah sama sekali.
  6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
  8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
  9. Tidak pernah fikir kesusahan orang lain, ia fikir kesenangannya sahaja.
p/s : sebenarnya orang yang mengata orang lain itu sombong itulah yang sebenar-benarnya sombong kerana merasa diri mereka cukup sempurna untuk memperlekehkan orang lain,,, 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...