Gedik vs Ramah...

Wednesday, July 20, 2011

Photo Flipbook Slideshow Maker
Post kali ni berkaitan si gedik dan si ramah... erm... samakah maksud bagi kedua perkataan tersebut?... bagi aku sendiri ia adalah perkataan yang berlainan dari segi sebutan, ejaan dan ia selalu ditujukan kepada seseorang berdasarkan tingkahlaku mereka sendiri... 


perempuan gedik with certain lelaki = itu manje
perempuan gedik with semua jantan = itu mengada!!


kalau lelaki pula?? ada ke lelaki gedik??... ermm... lelaki gedik tak ada kot... mungkin lebih kepada gatal atau miang...hohoho manakala, ramah pula... 


perempuan ramah dengan semua orang memang digalakkan... namun ramah mesra dengan semua lelaki itu agak kurang bagus... itu mungkin agak ke-GEDIK-an...huhu


Tidak salah untuk bergaul mesra dengan semua orang tetapi kadang-kadang ia agak meluat bila kemesraaan itu kelihatan agak gedik... berkepit ke sana sini macam belangkas... itu agak menyakitkan mata... lagi menyakitkan jika yang tergedik-gedik tuh si kekasih sendiri dengan orang lain... 'eh2... gediknye ko'... berkawan tu biarlah berpada-pada... untuk si kekasih tu jangan pula jenis melayan sangat... kalau tidak melayan maka tidak timbullah 'kontroversi' kan kan kan... 


p/s: tak gitu Mr Ariel...huhuu

Percintaan jarak jauh...

Saturday, July 16, 2011


Post kali ini berkaitan dengan bercinta jarak jauh yang mana memang jauh jarak antara kamu dengan pasangan kamu... sikap saling mencurigai mesti tidak dapat dielakkan... tetapi ada juga pasangan yang jarak tidak berapa jauh tetapi jarang jumpa... mungkin juga terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan... bagi yang betul-betul jauh jaraknya tidak kisahlah berapa km sekali pun mungkin akan menghadapi banyak dugaan yang sebenarnya tidak berapa nak ada... tetapi kamu dan mungkin pasangan kamu yang sendiri meng-ADAkan masalah tersebut... memandangkan kamu jarang berjumpa dengan pasangan kamu maka kamu keluar dengan si lain-lain... mungkin kamu kebosanan, atau mungkin kamu memang berniat untuk pasang 'spare part' yang mana dalam pada masa yang sama kamu mempunyai kekasih lain... kamu juga tidak kisah sekiranya si pasangan kamu meninggalkan kamu kerana kamu sudah mempunyai si pengganti... hebat bukan... kamu sediakan payung sebelum hujan... tidak dapat dinafikan persediaan awal memang perlu tetapi bukan dalam hal yang sebegini... jika kamu betul-betul sayangkan pasangan kamu maka perlulah memberi perhatian terhadap beberapa perkara...
Tidak dapat dinafikan memang banyak cabaran yang dihadapi jika berjauhan dengan si kekasih... kamu akan kesunyian... orang yang selalu kamu jumpa, tiba-tiba kini jauh dari kamu... hati kamu juga menjadi sunyi... dan pada masa inilah teman-teman menjadi penyeri... berkawan biarlah hanya sekadar kawan... janganlah kecundang dengan menjadikan kawan kamu sebagai kekasih kerana untuk menghilangkan kesunyian kamu... bayangkan perasaan si kekasih kamu sekiranya tahu kecurangan kamu... letakkan diri kamu di tempatnya... adakah kamu gembira dan suka diperlakukan sedemikian?... 
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan... perlu kamu ingat cinta memerlukan komitmen dan cinta juga merupakan satu tanggungjawab... walaupun jauh cubalah kamu mencari masa untuk berjumpa dengan si kekasih... cubalah cari masa untuk berjumpa dengan si kekasih walaupun kamu di utara semenanjung dan si kekasih di selatan semenanjung... Terutamanya ketika kamu cuti panjang... luangkan masa bersama si kekasih dan janganlah tidak berjumpa langsung... ia dapat mengeratkan hubungan dan juga mengurangkan perasaan rindu kamu itu...
Hubungilah si kekasih untuk bertanyakan khabar setiap malam sebelum tidur... lakukannya secara selang-seli... jika kamu call pada hari ini, maka si kekasih pada keesokkannya... dengan ini, barulah sama-sama merasa susah dan senang... yang mana susah untuk menghabiskan wang ringgit membeli topup dan senang apabila kamu dapat mendengar dan berborak dengan si kekasih... jangan lar mengharapkan si kekasih saja yang menghubungi kamu... ia agak sukar sekiranya si kekasih saja yang menghubungi kamu... cinta memerlukan komitmen dari kamu dan juga si kekasih... jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini...
Sekiranya tidak sibuk, cubalah sambut hari kelahiran atau ulang tahun per-couple-an kamu bersama si kekasih... sekiranya kamu tidak dapat sambut pada tarikh tersebut maka sambutlah pada hujung minggu atau pada hari kamu cuti... Luangkan masa bersama-sama supaya dapat menggembirakan hati kamu dan si kekasih... walaupun hanya untuk seketika namun kenangan bersamanya akan terpahat dihati sampai bila-bila... mungkin kamu akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu...
Cinta jarak jauh memang sukar... Apabila berseorangan kamu merasa kesunyian dan rindu teramat... namun jangan jadikan ia alasan untuk kamu berlaku curang terhadap si kekasih... jika jauh dari si kekasih kerana kamu melanjutkan pengajian maka jadikan si kekasih sebagai matlamat kamu ingin berjaya... kamu akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian kamu untuk berjaya dan dapat mengelakkan kamu berlaku curang... begitu juga sekiranya kamu bekerja maka bekerjalah bersungguh-sungguh untuk kesenangan kamu dan si kekasih... 



Sejauh mana cemburu lelaki?...

Post kali nie mengenai si lelaki yang cemburu... ada lelaki yang jenis cemburu sikit-sikit yang mana si lelaki tidak kisah kamu berkawan dengan sesiapa saja, mungkin si lelaki ini tidak mahu mengongkong kamu... ada juga si lelaki yang cemburu sederhana saja yang mana si dia masih membenarkan kamu berkawan tetapi berpada-pada, ia menunjukkan si lelaki cuba tidak mengongkong kamu tetapi masih bersifat berjaga-jaga dengan pergaulan kamu terutamanya dengan si lelaki lain... tetapi ada juga si lelaki yang jenis cemburu banyak-banyak yang mana si lelaki ini betul-betul menjaga pergaulan kamu terutamanya dengan si lelaki lain-lain... dan yang paling menyakitkan hati apabila si lelaki ini mengongkong sepenuhnya kebebasan kamu untuk berkawan... ini mungkin disebabkan si lelaki ini begitu mencintai kamu... sejauh manakah cemburu lelaki boleh dikenalpasti melalui horoskop/ bintang kelahiran... 

  • AQUARIUS
Si lelaki ini biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya... jangan ingat si lelaki ini sedang bergurau...apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah si lelaki ini sedang cemburu...
Indeks cemburunya: xxx

  • PISCES
Si lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya... indeks cemburunya agak mengejutkan... jika kekasihnya menderhaka kepadanya, si lelaki ini akan menjadi seperti wanita yang meraung-raung... air matanya juga akan tenggelamkan anda...
Indeks cemburunya: xxxxx

  • ARIES
Si lelaki ini mempunyai sifat diktator secara semulajadi... selain sifatnya yang suka mengarah, si lelaki ini juga suka mengawal orang lain... tidak kira dalam apa jua perkara, si lelaki juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya... apabila berhadapan dengan musuh kekasih, si lelaki ini akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur diri dari mengurat kekasihnya...
Indeks cemburunya: xx

  • TAURUS
Si lelaki ini adalah peramah dan sangat jujur... tapi jangan ingat si lelaki ini tidak tahu cemburu... si lelaki ini tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya... sekiranya kamu kantoi keluar makan bersama lelaki lain, maka buatlah persediaan untuk membuat penjelasan kepadanya...
Indeks cemburunya: xxxx

  • GEMINI
Si lelaki ini hanya menganggap cemburu itu sebagai permainan sahaja... si lelaki ini seorang yang suka bermain-main... Oleh sebab itu, si lelaki ini benci akan cinta secara paksa... malah si lelaki ini tidak mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih... jadi, indeks cemburunya adalah kurang berbanding si lelaki zodiak lain...
Indeks cemburunya: x

  • CANCER
Secara kebetulan si lelaki cancer terbalik dengan si lelaki gemini... si lelaki ini tidak akan berjauhan dengan kekasihnya malah sentiasa berkepit dengan kekasihnya... ini adalah kerana si lelaki ini mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat (jangan ingat perempuan saja yang mempunyai perasaan cemburu dan tidak selamat)... bayangkan kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini...
Indeks cemburunya: xxxxx

  • LEO
Si lelaki ini sangat ego dan juga sangat tabah... si lelaki ini tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh... si lelaki ini tidak akan menjatuhkan air mukanya kerana cemburu... walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun si lelaki ini tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya... 
Indeks cemburunya: xx

  • VIRGO
Cemburu si lelaki ini amat memeranjatkan... si lelaki ini tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas... cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini... walaupun si lelaki ini amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu... 
Indeks cemburunya: xxxx

  • LIBRA
Si lelaki ini mementingkan imejnya yang bertatatertib... Si lelaki ini cuba untuk tidak cemburu kerana tidak mahu menjejaskan imejnya dan cuba mengekalkan penampilannya... sebenarnya si lelaki ini tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungn mereka...
Indeks cemburunya: x

  • SCORPIO
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburunya... inilah yang boleh menggambarkan si lelaki scorpio... si lelaki ini menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasihnya... sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka si lelaki ini akan menunjukkan cemburunya...
Indeks cemburunya: xxxx

  • SAGITARIUS
Si lelaki ini juga boleh cemburu... namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat... si lelaki ini selalunya cemburu sebelum mengenalpasti perkara sebenarnya... apabila mengetahui perkara sebenarcemburu pun reda... tapi, apabila si lelaki ini mempunyai matlamat baru, si lelaki ini akan meninggalkan kekasihnya yang selalu membuatnya cemburu...
Indeks cemburunya: xxx

  • CAPRICORN
Si lelaki ini mempunyai sikap pesimistik... si lelaki ini berasa rendah diri di dalam kehidupan... apabila si lelaki ini cemburu, perasaannya tidak akan ditunjukkan kepada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti bersukan atau ditempat kerja...
Indeks cemburunya: xxx


Wow... cemburunya si lelaki-lelaki... jadi si kekasih perlulah mengelakkan perlakuan yang boleh mendatangkan cemburu si lelaki-lelaki ini untuk mengelakkan cemburu mereka meluap-luap... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...