Pemalu dan Pendiam dituduh Sombong.

Saturday, March 9, 2013


Sombongnya mamat/minah ni,, Orang lain pung pang pung pang berborak dia pulak diam tak terkata,, Tanya sepatah jawab sepatah,, Macam lar bagus sangat,, Patut lar tak ramai kawan,, 
Ayat diatas ini adalah kebiasaan akan ditujukan kepada hamba Allah yang mereka anggap sombong yang mana mereka ini boleh dikategorikan sebagai pendiam atau pemalu.  Adilkah untuk menuduh seorang yang pendiam itu sedemikian rupa,, sikap sombong vs pemalu vs pendiam mewakili sifat yang berbeza,, 


Saya mempunyai masalah dalam berkomunikasi kerana saya seorang yang pemalu dan agak pendiam. Saya malu untuk berkomunikasi dengan mereka yang tidak dikenali/ baru saja berkenalan, terutamanya lelaki. Hal ini membuatkan orang lain beranggapan saya seorang yang sombong. Lagi, yang membuatkan saya terasa hati mereka bercerita tentang saya yang sombong kepada orang lain yang mana membuatkan mereka yang lain turut juga tidak menyukai saya,, Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.  Saya tidak tahu bagaimana untuk bermesra dengan teman-teman sepertimana yang dilakukan oleh mereka, termasuklah pung pang pung pang berlainan jantina,, sikap malu saya masih menebal dalam diri,, adakah saya perlu kikis atau buang sikap malu saya?? dengan itu saya mungkin mempunyai lebih ramai kawan termasuklah lelaki dan perempuan,,  
Seringkali hal ini berlaku kepada mereka yang mempunyai sikap 2P ini (pemalu & pendiam),, mengikut pendapat aku, sifat 2P ini mungkin telah menjadikan kebiasaan bagi mereka yang dalam keluarga yang jenis tidak banyak cakap,, lebih suka untuk berdiam dari berbual kosong yang tiada faedah (bagi pendapat aku *be positif),, tapi itu tak bermakna mereka itu sombong,, malu adalah sebahagian daripada iman,, sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.  diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu álaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang didalam pingitannya.  

Tetapi letaklah rasa malu ditempat yang sepatutnya,, ayat ini membawa maksud kita boleh mempunyai perasaan malu tetapi janganlah malu dalam menegakkan syiar islam dan menuntut ilmu agama,, walaupun dunia semakin moden dan global namun ia bukanlah isyarat hijau untuk kita membuang sifat malu dalam diri terutamanya dengan yang berlainan jantina,, Al-Quran adalah panduan yang boleh digunakan sepanjang zaman dan tiada istilah ketinggalan zaman,, Yakinlah dengan Suruhan-Nya,, 

Ciri-ciri sifat orang yang sombong:-

  1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.  
  2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutamanya orang dibawahnya.  
  3. bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
  4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang dikhalayak ramai.
  5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah sama sekali.
  6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
  8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
  9. Tidak pernah fikir kesusahan orang lain, ia fikir kesenangannya sahaja.
p/s : sebenarnya orang yang mengata orang lain itu sombong itulah yang sebenar-benarnya sombong kerana merasa diri mereka cukup sempurna untuk memperlekehkan orang lain,,, 


Bila diri dikawal oleh nafsu.

Saturday, September 1, 2012


Ni lar masalah kritikal yang susah kita nak kawal,,,, x kira lar sesiapa pom termasuk lar aku yang comel dan korang yang tengah cekodeng ni (jgn mara ea nt kena jual,,huhu),,,,, Haishhh,,,, bila bercerita tentang nafsu ni, aku kena explain nafsu yang macam mana aku nak cerita dengan korang ni,,,, #sebab nafsu ni banyak kategori,,,, nafsu makan, nafsu bershopping, bla bla bla dan apa2 je yang korang rasa itu adalah NAFSU,,,,, aku tak berapa nak rajin tulis panjang2 sebab korang pon boleh pikir sendiri kan kan kan,,,, cth yang hampir munasabah #1 aku xbole nak kawal nafsu aku nak merapu kat sini dan #2 korang plak x bole nak kawal nafsu korang nak baca ape yang aku tengah merapu kan?,,, bole ke macam tu??huhuhu


Yang aku nak cerita ni nafsu yang NAK berbuat JAHAT tak kira tempat atau sesiapa,,,, bila bercerita pasal jahat nie baru aku perasan yang ni  pom ada banyak kategori,,,, merompak, mencuri, merog***' , memperk*** , meragut, menindas, membunuh, memukul dan macam2 lagi yang ak rasa memang boleh dikategorikan jahat,,, aku tahu korang pom mesti sependapat dengan aku,,,, tapi kalu ade segelintir tuh yang rasa pendapat aku x berapa nak sama dengan pendapat korang, sorry lar banyak2 sebab otak dan cara kita berfikir x sama,,, aku merapu pakai otak aku,,, kalu pakai otak korang mesti lagi gempak BLOG AKU MERAPU,,,hohoho dan masa tu aku harap ada award untuk blog paling merapu dengan harapan blog aku tercalon,,,,hahahaha


yesss!!!

baru-baru nie aku ada tengok video seorang mamat yang kena rompak motorsikal oleh dua lelaki yang x kenali sambil ditonton oleh hampir 5 orang yang kebetulan berada disitu,,,, kAlau korang tak tau lagi meh klik SINI untuk tengok video mamat yang kena rompak tuh,,,,huhuhu # apalah perasaan 2 ekor perompak yang rompak motorsikal tuh ea?? X kesian ke kat orang yang dia rompak tu?? Kesian dia berkali2 duk seret2 moto tuh x bagi diorang amik,,, X tahu ke yg orang tuh tertonggek-tonggek kerja g cari duit utk beli moto tuh,,,, apa ingat dia bayar pakai daun pisang kat belakang umah je,,,, kalu NAK sgt beli lar sendiri,,,, jangan lar duk menindas orang lain g senang2 ambik free camtuh je,,,, 

Kalu da sampai tahap macam tuh, maknanya sifat berperikemanusiaan diorang pun da xada,,, sebab xbole nak berfikir tentang kesusahan orang lain akibat sifat jahat yang dikawal nafsu diorang,,,, bukan itu saja malah dah terlalu banyak kes jenayah yang berlaku disekeliling kita sampaikan satu tahap rakyat di negara ni kena berhati2 tahap gaban xkira waktu dan tempat,,, even nak pergi kedai runcit selang 3 buah rumah pon xbole tergedik2 nak jalan sorg2 taw (pompuan je),,, kalu nak kuar berjalan plak kena pakai selekeh2 sbb x nk kena aim dengan peragut2 yang duk usya line clear,,,, kalau nak kuar rumah berbiji biji mangga kt pintu g pasang dengan harapan sempat lar balik sebelum perompak dapat bukak mangga yang terakhir,,,, haishhh,,,, susah susah,,, dunia makin moden kita pulak makin susah sebab sifat keprihatinan, belas kasihan, kasih-sayang, bla bla bla,,,,, semakin pudar dalam diri,,, korang rase betul x?? 

korang masih tercari2 kerja kosong? klik SINI dengan harapan dapat apply salah satu dr list yang ada,,,


P/s: buat baik berpada2 buat jahat jgn lar sekali tp berkali2,,,,hohoho xdelah,,, kalu bole JGN dan ELAKkan,,, =)

2 perompak dirakam di Petrol Pam.


Kejadian ni baru saja berlalu pada bulan Ramadhan tahun ini yang mana mereka telah merompak motosikal yang ditinggalkan di petrol pam tersebut,,,, aku kagum dengan kesungguhan mangsa mempertahankan motosikal dia dari 2 ekor perompak tuh,,, aku juga kehairanan dengan 5 orang yang kebetulan berada disitu khusyuk menonton kejadian tersebut tanpa berbuat apa2,,, tapi aku x bole nak buat kesimpulan terburu2 mungkin ada sebab2 yang tersirat yang menghalang mereka untuk membantu,,, 


Korang tengoklar video ni sendiri,,,





Lepas aku tengok video ni, aku tak nak menyalahkan mangsa yang cuai sebab tggalkan kunci moto mahupun orang2 yang kebetulan ada kat situ yang hanya membantu menonton kejadian tersebut....  

Aku sekeras-kerasnya menyalahkan 2 ekor perompak tuh,,,, yang # menyusahkan orang lain,,,,# x bertimbang rasa,,,, 


Korang masih tercari2 pekerjaan klik SINI untuk berpeluang memohon salah satu pekerjaan yang ditawarkan,,, 


p/s: berhati2 tak kira waktu, tempat dan degan orang xdikenali,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...