Cuti sem dah habis...

Friday, November 11, 2011

Sebelum balik ke rumah, bertimbun buku disimpan di dalam beg bajet nak 'study' sepanjang cuti... tp hari demi hari masa diluangkan dengan menonton 'movie'... sengalnya rase... habiskan masa macam tu je hanya dengan menonton movie dilaptop... tapi cuti itu dirasakan berbaloi apabila masa itu dihabiskan bersama orang yang tersayang... keluarga dan juga si dia... tambahan pula selepas cuti masih ada masa untuk mengulangkaji pelajaran  sebelum menduduki 'mid term' untuk semester 3... jadi ia tidaklah menjadi satu beban semasa bercuti... orang lain bercuti sakan kita pula study tahap gaban... no no no, banyak benda yang kita perlu lakukan selain study sepanjang masa... bagi aku, dirumah adalah masa untuk merehatkan diri dan di kampus pula adalah masa untuk mendisiplinkan diri...

Tidak perlu memaksa diri untuk mencapai keputusan yang tinggi... tetapi melakukannya untuk persiapan diri pada masa hadapan... kerjaya... secara tidak langsung ia memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik... terbaik bukanlah sekadar pointer yang tinggi tetapi kepuasan yang kita perolehi... berbaloi dengan usaha yang disumbangkan... itulah yang aku cuba lakukan... kedengaran agak susah tetapi lagi susah untuk melakukannya...kekeke just don't give up! keep trying to get both satisfaction & good performance...

Sepanjang cuti, my Mr.Ariel selalu datang ke rumah... selepas pulang dari kerja si dia akan singgah ke rumahku untuk bertemu aku dan keluarga... tetapi jelas disitu mahu ketemu aku lorh...huhu sanggup si dia datang dari jauh dengan kemeja & seluar slack kerjanya... aku suka my Mr.Ariel berpakaian lengkap kerja sebab nampak si dia agak segak... + macho... huhuhu... 


'thanks dear sebab banyak mengalah dan sanggup datang ke rumah walaupun penat dan agak jauh'...

My Mr.Ariel juga ada membawa aku berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik... tersangatlah gembira... tidak terkata cuma tertulis... itu pun cuma 1/5 yang dapat gambarkan kegembiraan aku...


p/s : tunggu cuti akn dtg pulak...huhu =)




Aku mahu kau tahu...


Cinta itu datang dengan sendirinya... ia adalah satu perasaan yang tidak dapat dinafikan kewujudannya dan tersirat erat dihati seseorang itu... perasaan itu membuatkan kita sangat mencintai dan menyayangi insan yang bergelar kekasih...

  • Aku mahu kau tahu, aku mencintai kamu disaat aku terpana dengan keikhlasan dan kesungguhanmu mencintai aku...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu seadanya kamu... aku tidak kisah kekurangan dirimu kerana kamu sudah cukup sempurna dimataku...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa cemburu denganmu... aku tidak keruan apabila adanya wanita lain disampingmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa perlukan perhatian darimu... dari setiap saat, minit, jam... 
  • Aku mahu kau tahu, aku akan merasa kesunyian tanpa kamu... kamu menceriakan hari-hariku...
  • Aku mahu kau tahu, aku gembira bersamamu walaupun kamu merasakan kamu tidak sehebat yang lain... bagi aku, kamu lar yang terbaik...
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu hatimu lembut walaupun luaran kamu kasar atau suka maki-maki semasa marah.
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu kamu romantik walaupun kebanyakan masa kamu berlagak macho...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa takut kehilanganmu walaupun aku berlagak aku boleh melupakanmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku setia denganmu walaupun jarak antara kita sangat jauh...
  • Aku mahu kau tahu, aku tidak pernah terfikir untuk berlaku curang denganmu... tidak pernah terlintas...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu setulus hatiku... menunggu kita disatukan...

p/s : miss him!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...