Aku mahu kau tahu...

Friday, November 11, 2011


Cinta itu datang dengan sendirinya... ia adalah satu perasaan yang tidak dapat dinafikan kewujudannya dan tersirat erat dihati seseorang itu... perasaan itu membuatkan kita sangat mencintai dan menyayangi insan yang bergelar kekasih...

  • Aku mahu kau tahu, aku mencintai kamu disaat aku terpana dengan keikhlasan dan kesungguhanmu mencintai aku...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu seadanya kamu... aku tidak kisah kekurangan dirimu kerana kamu sudah cukup sempurna dimataku...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa cemburu denganmu... aku tidak keruan apabila adanya wanita lain disampingmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa perlukan perhatian darimu... dari setiap saat, minit, jam... 
  • Aku mahu kau tahu, aku akan merasa kesunyian tanpa kamu... kamu menceriakan hari-hariku...
  • Aku mahu kau tahu, aku gembira bersamamu walaupun kamu merasakan kamu tidak sehebat yang lain... bagi aku, kamu lar yang terbaik...
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu hatimu lembut walaupun luaran kamu kasar atau suka maki-maki semasa marah.
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu kamu romantik walaupun kebanyakan masa kamu berlagak macho...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa takut kehilanganmu walaupun aku berlagak aku boleh melupakanmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku setia denganmu walaupun jarak antara kita sangat jauh...
  • Aku mahu kau tahu, aku tidak pernah terfikir untuk berlaku curang denganmu... tidak pernah terlintas...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu setulus hatiku... menunggu kita disatukan...

p/s : miss him!




0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...