Cinta tidak semestinya memiliki...

Monday, July 25, 2011


'kalau ada jodoh tidak kemane' & 'si dia bukan jodoh kamu, akan ada yang lebih baik menanti kamu'... ungkapan ini selalu ditujukan kepada seseorang berdasarkan pengalaman cinta yang dilaluinya... kebiasaannya ditujukan kepada seseorang yang mempunyai masalah dalam percintaannya... ia mungkin disebabkan 'cinta bertepuk sebelah tangan' atau 'cinta yang telah lama dijalinkan akhirnya putus ditengah jalan'... 

Sebut sahaja cinta, semua pasti menganggap cinta itu suatu perkara yang indah... Namun hakikatnya, cinta itu indah hanya untuk dua pasangan yang saling menyayangi... dan cinta itu tidaklah indah bagi seseorang yang hanya bertepuk sebelah tangan... namun cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah teruk sekiranya seseorang itu ditolak cintanya dengan lebih awal... ianya menjadi lebih teruk jika perasaan cintanya itu terus-menerus dipergunakan dan sehingga pada suatu masa, iaitu ketika seseorang itu tidak diperlukan lagi, barulah ianya ditolak... ianya adalah sesuatu yang agak keterlaluan dimana perasaan cinta seseorang yang ikhlas terhadap seseorang dipermainkan atau lebih tepat dipergunakan hanya untuk kepentingan diri... 




Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan cinta itu bertepuk sebelah tangan... ia merupakan tanda-tanda bahawa kamu bukanlah orang yang ada dihatinya... setiap orang pasti akan berasa kecewa jika cintanya bertepuk disebelah tangan, tapi ia tidak bererti hidup kamu sudah berakhir... berikut adalah petandanya:-

  • Sering terlambat atau membatalkan janji.
Terdapat sesetengah orang biasanya tidak menepati waktu yang telah dijanjikan yang mungkin disebabkan situasi yang tidak dapat dielakkan atau bergantung dengan siapa yang akan si dia temui... untuk lelaki biasanya akan semangat dan berusaha untuk menepati waktu jika ada temu janji dengan orang yang si dia sayangi... Jika si dia kerap datang lambat atau mendadak membatalkan temu janji tanpa sebab, ia bererti si dia tidak terlalu ingin bertemu kamu...
  • Menghindari menyentuh kamu ditempat awam.
Jika si dia bersikap lebih seperti teman ketika berjalan bersama, mungkin itulah perasaan sebenarnya terhadap kamu... jika si dia enggan memegang tangan itu beerti si dia ingin berkata kepada dunia bahawa kamu dan si dia hanya berteman dan si dia masih single...

  • Si dia selalu sibuk.
Jika si dia menggunakan alasan sibuk kerana tidak dapat bertemu kamu, mungkin si dia cuba menjauhkan kamu dari kehidupannya... ia mungkin isyarat bahawa si dia tidak terlalu tertarik kepadamu... ada baiknya jika kamu menjauhkan diri dan mulai melangkah ke depan...

  • Kamu yang sering menelefon/sms-nya.
Jika kamu yang sering menelefon mengirimkan sms kepada si dia, tetapi si dia sendiri tidak pernah atau jarang berbuat demikian... ada kemungkinan si dia tidak terlalu menginginkan untuk berhubungan dengan kamu... maka berhentilah menghubungi si dia dan buanglah number telefonnya... carilah orang lain yang betul-betul menyukai kamu dengan tulus dan ikhlas... dirimu begitu berharga untuk diabaikan...

  • Perkenalkan anda sebagai teman.
Si dia cenderung memperkenalkan kamu kepada teman-temannya yang kamu hanyalah sekadar teman... ini menunjukkan si dia tidak mahu teman-temannya menganggap kamu dan dirinya mempunyai sebarang hubungan...

  • Menceritakan wanita/lelaki lain dengan santai.
seseorang yang menyayangi kamu tidak akan menceritakan tentang orang lain dihadapan kamu... tetapi jika si dia suka bercerita dengan panjang lebar tentang wanita/lelaki lain dengan kamu maka si dia hanya menganggap kamu sebagai teman berbual... si dia mungkin selesa dengan kamu, tetapi hanya sebagai teman...

  • Hanya menelefon kamu disaat meminta pertolongan.
kamu hanya diperlukan sekiranya si dia memerlukan pertolongan... ia benar-benar menunjukkan si dia hanya memerlukan kamu hanya untuk seketika bukan untuk selama-lamanya...
Manakala cinta yang lama dijalinkan akhirnya terputus ditengah jalan adalah disebabkan kamu dan si dia tidak menjaga hubungan ini... ia sebolehnya kamu dan si dia perlu memainkan peranan dalam mempertahankan sesuatu hubungan... terdapat beberapa sebab hubungan tidak mampu bertahan... maka sentiasalah memperbaiki kekurangan yang boleh merosakkan hubungan kamu dengan si dia... tetapi jika tidak dapat lagi diselamatkan, jalan terbaik adalah kamu melepaskan si dia kerana cinta itu tidak semestinya memiliki...




p/s : maka jangan terlalu mengharap...


Psikologi warna...

Saturday, July 23, 2011



Post kali ini berkenaan dengan personaliti diri berdasarkan warna. Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru... Selain itu terdapat juga wana lain seperti kelabu, hitam, coklat dan ungu... Biarpun tidak dapat dijelaskan secara saintifik sebab seseorang meminati sesuatu warna, tetapi yang jelas setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-berbeza... malah ia juga mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia termasuk personaliti diri itu sendiri...


Merah Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi...

  • Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi...
  • Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka...

Hijau : Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati... Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga... Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat...


Kuning : Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit...

  • Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan...

Biru : Ketenangan yang sempurna... Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri...


  • Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan...
  • Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap...
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral...


Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan...


Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan...
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan...




p/s: Mr.Batman suka warna ape ye?...

Rahsia tapak tangan si Lelaki...

Friday, July 22, 2011



Post kali nie berkaitan dengan tapak tangan si lelaki... selalunya kita banyak didedahkan dengan rahsia disebalik tapak tangan si wanita... tetapi di dalam 'entry' ini akan mendedahkan rahsia di sebalik tapak tangan si lelaki... sedikit sebanyak ia dapat membantu kamu untuk memahami si lelaki ini... jadi, tidak perlulah kamu gusar dengan sikap mahupun identiti diri si kekasih... kamu bolehlah meneliti tapak tangannya secara diam-diam...


Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.


Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.


Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

p/s: laki second hand tak ade ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...