Sebab hubungan tidak mampu bertahan...

Wednesday, July 6, 2011



Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan hubungan yang dijalinkan terputus ditengah jalan... ada yang baru bercinta beberapa bulan yang akhirnya terputus dan x kurang juga yang sudah menjalinkan hubungan 2 3 tahun malah lebih juga mengalami keadaan yang sama... puncanya?? 


  • MENIPU. Menipu adalah "virus" utama dalam sesuatu perhubungan. setiap insan tidak suka ditipu oleh pasangannya lebih-lebih lagi mereka mempercayai pasangan mereka 100%... tetapi terdapat juga yang menipu untuk menyelamatkkan sebuah perhubungan kerana mereka tidak mahu hati pasangan terluka atau tidak sanggup kehilangan pasangannya... namun, sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan... lalu mereka memutuskan hubungan...

  • BERBEZA PENDAPAT. Ia merupakan salah satu sebab yang membolehkan suatu hubungan retak... dimana wujud perbezaan idea diantara mereka... ada yang terpaksa melupakan cita-cita mereka kerana pasangan tidak mengizinkan... ia akan membantutkan sesuatu perhubungan... ia akan memaksa mereka untuk membuat pilihan samaada melupakan cita-cita mereka atau meninggalkan pasangannya...

  • STATUS TINGGI. Dimana pasangan mempunyai citarasa yang agak tinggi dan terlalu memilih pasangan sangat yang sesuai dengan diri mereka... mereka ini berkemungkinan akan meninggalkan pasangan mereka untuk mendapatkan pasangan yang lebih menarik dan mempunyai citarasa yang tinggi yang sama sepertinya...

  • MENYAKITKAN HATI. Ini dapat dilihat mereka yang sering menyakitkan hati pasangan tidak kira samaada melalui kata-kata atau perbuatan... ini akan selalu membuat pasangan terasa hati dan sedih... lama-kelamaan mereka menjadi tawar hati dan merasakan diri tidak berguna untuk pasangan mereka lalu mengakhiri hubungan mereka.

  • PENTINGKAN KAWAN-KAWAN. Mereka yang terlalu mementingkan keseronokkan bersama teman-teman membuatkan pasangan mereka terabai... ia juga menimbulkan sikap cemburu meluap-luap pasangannya kerana mereka tidak menghiraukan perasaannya... mereka ini lebih mudah mengakhiri suatu hubungan apabila menemui teman yang lebih mengambil berat tentang diri mereka...

  • PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Mereka yang terlalu mementingkan perasaan diri sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangannya... Mereka ini terlalu berkira untuk berkorban sedikit masa, wang dan tenaga untuk pasangan membuatkan pasangan mereka meluat untuk meneruskan hubungan mereka...

  • TIDAK MEMAHAMI. Sikap memahami antara satu sama lain perlu ada dalam setiap perhubungan demi mengelakkan berlaku perbezaan pendapat yang mana boleh mencetusan sesuatu pergaduhan... apabila mereka tidak memahami pasangannya maka ia sering menyebabkan pasangan mereka terasa hati dan akhirnya memutuskan perhubungan...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...