Panduan memahami pasangan...

Saturday, July 30, 2011



Dalam suatu perhubungan ada baiknya jika kamu menjadi pasangan yang memahami... jangan terlalu mementingkan diri dengan hanya mengharapkan pasangan kamu sahaja yang perlu memahami kamu... hakikatnya dalam suatu perhubungan, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki bagi memastikan kelangsungan jangka hayat perhubungan itu... 


Ia adalah kerana perhubungan yang dijalinkan ada ketikanya akan melalui fasa yang agak tegang dimana berlaku salah faham, kurang prihatin atau salah tanggapan mengenai sesuatu perkara... ia mungkin nampak agak remeh tetapi kadang-kadang ia boleh menyebabkan pergaduhan yang besar... dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan untuk mencapai persefahaman... berikut ialah panduan yang mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan...


  • Sesuatu perkara yang remeh bagi lelaki dilihat sebagai perkara yang besar bagi wanita...
---> contohnya, dalam soal membeli baju, memilih gerai makan, membeli peralatan rumah dan lain-lain... wanita cerewet dalam memilih sesuatu sehingga suka membuat muka jika tidak berkenan berbanding lelaki yang tidak terlalu kisah dalam hal-hal kecil sebegini...

  • Lelaki banyak memikirkan perkara penting berbanding wanita yang sensitif tidak tentu hala kerana inginkan perhatian...
---> contohnya, lelaki banyak memikirkan tentang kerja, duit yang perlu dicari, membayar bulanan kereta dan lain-lain... manakala wanita pula terasa dengan kesibukan pasangan dan merasakan dirinya terabai...

  • Lelaki suka dengan wanita yang manja kerana inginkan perhatian... tetapi awas! ia akan bertukar menjadi meluat jika wanita itu adakalanya manja tidak bertempat atau lebih tepat mengada-ngada... 
--->contohnya, wanita yang suka dipuji dan jika tidak dipuji mereka akan merajuk... tambahan pula lelaki tidak suka untuk memuji wanita setiap hari...

  • terdapat juga wanita yang terlalu mudah merajuk atau marah tidak tentu pasal kerana si lelaki tidak memahami... sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki yang mana juga ingin wanita memahami mereka...
--->contohnya, wanita mahu lelaki memahami mereka yang sering inginkan perhatian dan selalu keluar bersama, tetapi mereka tidak mahu memahami si lelaki yang sibuk bekerja untuk mencari wang...

  • Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata... lebih-lebih lagi menggunakan ayat yang jiwang... tetapi tidak bermakna mereka tidak sayang...  berbeza pula dengan wanita yang lebih suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata... jadi, wanita harus menerima hakikat itu...
--->contohnya, sesetengah wanita suka menonjolkan atau menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata yang mungkin selalu ditujukan di wall facebook si lelaki berbanding lelaki yang agak segan untuk melakukan sedemikian...

  • terdapat wanita yang suka membeli belah yang terlalu lama sehingga membosankan si lelaki... tapi yang paling tidak disuka oleh lelaki apabila wanita suka menjelajah ke setiap kedai di Kompleks membeli-belah... hal ini menyebabkan lelaki malas dan tidak memberi perhatian terhadap sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu...
--->contohnya, wanita lebih suka survey harga dan design terlebih dahulu di setiap kedai sebelum membeli sesuatu barang berbanding lelaki yang suka membeli terus tanpa melakukan survey kerana bagi mereka ia amat memenatkan dan membuang masa...

  • Terdapat wanita yang suka membuka topik perbualan dengan mengata atau lebih tepat mengutuk orang lain berbanding lelaki yang lebih suka jika perbualan tersebut adalah tentang mereka berdua... dan si lelaki bukan jenis yang suka mengumpat seperti sebilangan kecil wanita yang suka menjadikan ia hobi...
--->contohnya, terdapat sebilangan kecil wanita yang suka mengata atau menceritakan keburukan orang lain... ia seakan-akan rutin harian... manakala lelaki pula lebih suka berdiam diri...

  • Lelaki lebih suka menyuarakan atau menunjukkan perasaan hati mereka melalui perbuatan berbanding perkataan... jadi wanita tidak perlu risau jika lelaki tidak suka menyatakan perasaannya melalui kata-kata...
--->contohnya, lelaki suka menunjukkan perasaan ambil berat terhadap wanita dengan mengetahui aktiviti harian mereka... dan mengetahui dengan siapa pasangannya berkawan... si lelaki agak jeles sekiranya pasangannya rapat dengan lelaki lain...

  • Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan juga dikawal oleh wanita... jika mereka dikawal juga, mereka akan mudah bosan dan mengabaikan apa jua permintaan wanita... sebaliknya lelaki yang lebih suka mengawal wanita...
--->contohnya, lelaki tidak akan mengendahkan wanita sekiranya wanita mula mengongkong mereka untuk berkawan... berbeza dengan wanita, mereka tidak kisah mereka dikongkong atau dikawal oleh lelaki kerana merasai mereka disayangi...

  • Lelaki suka sekiranya wanita bergantung kepada mereka kerana merasakan dirinya dihargai dan sentiasa diperlukan... tetapi lelaki tidak gemari sekiranya wanita terlalu bergantung kepada mereka... ia akan memeningkan mereka dan menganggap wanita itu menyusahkan... 
--->contohnya, wanita terlalu mengharapkan pasangannya menghantar ke suatu tempat dan pada masa yang sama si lelaki terpaksa menghadiri event yang penting... ia agak menyusahkan bukan?... padahal ada lagi orang lain yang boleh menghantarnya...


Sekadar itu saja panduan yang dapat dikongsikan... sedikit sebanyak mungkin boleh membantu membina hubungan yang lebih aman tanpa berlaku pergaduhan...


p/s: selalu bergaduh dapat merapatkan hubungan...bhahaha

Disaat aku mencintaimu...

Friday, July 29, 2011
























Rahsia bahasa tubuh lelaki...

Thursday, July 28, 2011



Tidak sukar untuk kamu mengenali personaliti si lelaki... dengan hanya memperhatikan pergerakannya, kamu boleh mengetahui serba sedikit berkaitan sikapnya... yang pasti jika kamu tahu menilai setiap pergerakannya sudah tentu boleh menambat hati si dia... ia sememangnya benar yang lelaki tidak gemar mengungkaapkan perasaan melalui kata-kata... justeru perbuatan dan tingkah lakunya lebih bermakna dan mampu menyampaikan apa yang dirasai pada gadis yang di puja... Agaknya bagaimana bahasa tubuh  si kekasih kamu?

1. Menganggukkan kepala

Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan si dia mengangguk-anggukkan kepala  yang mana ia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kamu... ia membuktikan bahawa si dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingin bersama kamu tidak kira di waktu senang mahupun susah... si ia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan...

2. Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual, ia menunjukkan si dia adalah seorang lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya... ia mungkin akan membuatkan kamu sedikit tertekan dengan situasi tersebut... si dia juga kadang-kadang boleh bersikap keterlaluan...

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya... si lelaki yang suka merenung kamu ialah seorang lelaki yang jenis terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya... sekiranya kamu tidak memberikan apa-apa manfaat kemungkinan besar si dia boleh berpaling tadah... Sebolehnya si dia mahu dirinya 'ditawarkan' dengan cinta, persahabatan serta kerjaya kerana tidak mahu menyusahkan dirinya untuk sibuk mencarinya...

4. Mengerakkan tangan dan badan
Si lelaki jenis ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam... Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta itu... kerana si dia merasakan kata-kata hanya keluar dari mulut sahaj bukannya dari hati itu sendiri... oleh itu, setiap pergerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan... si dia juga seorang yang sensitif dan baik hati...

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, si dia lebih gemar untuk berdiri... ia menunjukkan lelaki jenis ini mempunyai jiwa yang melambangkan bahawa si dia suka menguasai dan mengongkong orang lain... si dia juga suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan seorang pantang mengalah...

6. Memandang mata
Ini adalah sifat seorang lelaki yang yakin dan berani berterus terang... si dia tidak suka untuk memutar-belit cerita... baginya ia adalah lebih baik untuk bersikap jujur... si dia juga sentiasa memberi perhatian dan berusaha untuk menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada yang rapat mahupun tidak hubungannya dengan individu tersebut...

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu... jika si dia rapat dengan seseorang itu, maka jaraknya lebih dekat berbanding dengan yang sebaliknya... si dia amat peka terhadap perasaan individu serta mengetahui perkara yang mereka suka atau tidak...

8. Meniru gerak
Lelaki ini mudah terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya... dengan kata lain, si dia akan meniru gerak laku seseorang yang mereka kasihi... si dia juga seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut kata asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya...




p/s: kalau kaku jew??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...