Rahsia bahasa tubuh lelaki...

Thursday, July 28, 2011



Tidak sukar untuk kamu mengenali personaliti si lelaki... dengan hanya memperhatikan pergerakannya, kamu boleh mengetahui serba sedikit berkaitan sikapnya... yang pasti jika kamu tahu menilai setiap pergerakannya sudah tentu boleh menambat hati si dia... ia sememangnya benar yang lelaki tidak gemar mengungkaapkan perasaan melalui kata-kata... justeru perbuatan dan tingkah lakunya lebih bermakna dan mampu menyampaikan apa yang dirasai pada gadis yang di puja... Agaknya bagaimana bahasa tubuh  si kekasih kamu?

1. Menganggukkan kepala

Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan si dia mengangguk-anggukkan kepala  yang mana ia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kamu... ia membuktikan bahawa si dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingin bersama kamu tidak kira di waktu senang mahupun susah... si ia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan...

2. Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual, ia menunjukkan si dia adalah seorang lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya... ia mungkin akan membuatkan kamu sedikit tertekan dengan situasi tersebut... si dia juga kadang-kadang boleh bersikap keterlaluan...

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya... si lelaki yang suka merenung kamu ialah seorang lelaki yang jenis terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya... sekiranya kamu tidak memberikan apa-apa manfaat kemungkinan besar si dia boleh berpaling tadah... Sebolehnya si dia mahu dirinya 'ditawarkan' dengan cinta, persahabatan serta kerjaya kerana tidak mahu menyusahkan dirinya untuk sibuk mencarinya...

4. Mengerakkan tangan dan badan
Si lelaki jenis ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam... Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta itu... kerana si dia merasakan kata-kata hanya keluar dari mulut sahaj bukannya dari hati itu sendiri... oleh itu, setiap pergerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan... si dia juga seorang yang sensitif dan baik hati...

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, si dia lebih gemar untuk berdiri... ia menunjukkan lelaki jenis ini mempunyai jiwa yang melambangkan bahawa si dia suka menguasai dan mengongkong orang lain... si dia juga suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan seorang pantang mengalah...

6. Memandang mata
Ini adalah sifat seorang lelaki yang yakin dan berani berterus terang... si dia tidak suka untuk memutar-belit cerita... baginya ia adalah lebih baik untuk bersikap jujur... si dia juga sentiasa memberi perhatian dan berusaha untuk menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada yang rapat mahupun tidak hubungannya dengan individu tersebut...

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu... jika si dia rapat dengan seseorang itu, maka jaraknya lebih dekat berbanding dengan yang sebaliknya... si dia amat peka terhadap perasaan individu serta mengetahui perkara yang mereka suka atau tidak...

8. Meniru gerak
Lelaki ini mudah terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya... dengan kata lain, si dia akan meniru gerak laku seseorang yang mereka kasihi... si dia juga seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut kata asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya...




p/s: kalau kaku jew??


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...