iPad vs Samsung Tab??

Thursday, August 30, 2012


Tajuk diatas ni menggambarkan persaingan diantara iPad dan Samsung tab dalam mempengaruhi aku yang berstatus pelanggan yang akan memilih salah satu produk diantara dua jenama yang memang diakui semakin naik,,,, tapi sejak bile aku tergedik -gedik nak pakai tablet ni padahal aku sblm ni x terpikir lagi nak beli atas sbb faktor kewangan aku yang terbatas dan ditambah pula aku masih belajar dan belum mempunyai pendapatan sendiri,,,, tapi semua tu berubah pd malam raya,,,,hahahaha x pernah dibuat orang, orang lain sibuk nak beraya wat ketupat, bakar lemang, main mercun, kemas rumah,,,, aku pulak duk sibuk nak iPad... Biar betul?? Malam tu jugak aku drive laju2 g cari serbu kedai2 yang kebanyakan dah tutup sebab waktu tuh da pukul 12 tghmlm keatas,,,,hahaha # takde lar aku nak meroyan sampai mcm tuh sekali sbb nak tablet,,, sok tuh ak raya cam bese lar,,,,huhuhu





Orang kata kalu ada keperluan barulah beli tablet,,, agak2 korang aku perlu ke?? Mesti korang cakap tak kannn,,,,, sebab aku student lagi, duit yang ada pun cukup2 makan or guna duit tu untuk beli buku,,,x pun ada jugak yang berpendapat kalau da mampu beli jelah xda salahnya,,, ke ade pendapat lain??  Kalu ade pun aku rase point dye same je cuma bezanya cara korang karang ayat tu mungkin sedikit berbunga, pedas, berbaur unsur jeles, nasihat or ape2 je yang korang rase,,,, kalu ikutkan aku tuan empunye badan aku rase aku NAK,,,  Nak sbb aku rase aku perlu, nak sbb ak rase aku mampu beli tanpa memudaratkan diri ak sendiri,,,, ak guna duit smpnn aku oooo,,,hohoho   

Tapi korang yang xda simpanan tuh mungkin korang berpeluang memiliki ipad or tab kalu korang rajin duk update dengan PTPTN sebab diorang sekarang tengah duk wat amal untuk peminjam PTPTN yang bertuah,,, korang boleh tengok kat SINI.

Ok, kita sambung balik dengan citer aku tadi,,,, at the first sight, aku terlintas nak beli tab 10.1 sbb pertama bile ak buat research dgn google ak tengok ramai yang komen tab lagi bagus dr  iPad sebab #1 cheaper and specifications lagi bagus dari iPad dan sbb #2 harga nya dalam lingkungan rm1200,,,, lagi Diorang ckp iPad xboleh support flash lar, besar & yang paling best sape2 yang pakai iPad sbb nak menunjuk,,,,ish2 kesian pengguna2 iPad,,,, dikatakan apple menjual jenama bukannya produk dsbbkan specifications produk yang dtawarkan adalah lebih rendah jika dibandingkan produk samsung or lain2,,,, yang ni aku nak tegaskan bukan ak yang cakap tp diorang yang cakap ak just tulis blik ape yang aku baca,,,, setiap orang ade pendapat masing2 so tak payah duk kalut nohhh,,, 

Tapi ade jugalah yang kate tab ni x bestlar, apps utk android masih belum sebanyak apps untuk IOS,,, aku pun x berapa nak bagus bab2 nie,,,, yang aku tahu aku NAK tablet alaaa yang macam laptop tu tp yang nie lg kecil n senang nak bawak mane2,,,hahaha aci x aci x?,,,,*pasal komen yang bermacam2 tuh ak jadi pening nak pilih mana satu antara ipad atau tab,,,, sekejap nak tab pastu 5 minit jap g lepas baca komen sipolan tu g tukar nak iPad pulak,,, lepas tu baca pulak komen sipolan2 tukar lg nak tab balik,,,, haishhh jem otak aku,,, 
aku yang terseksa buat research camni,,,



 
korang agak2 aku ambik yang mana ea?? Kali ikutkan aku, aku suka dua2 tapi xkan lar aku nak ambik dua2 kan,,, x ke kering duit aku dalam bank tu nanti,,, Kalau ikutkan tab lagi bagus dari iPad dari segi fungsi dye,,,, iPad pon aku suka sebab nampak lagi cantik,,,, fungsi dye pon ok walaupun x sebagus samsung tab,,,, setelah beberapa hari duk pening2 pikior akhirnya aku beli,,,,,,,,,, jeng jeng jeng,,,,,,
 


I
I
I
I
I
I
I
\/


Taraaaaaaa,!!!!!!!!!!
 






Hahaha,,,, iPad 2 jugak aku pilih,,,, sebab apa?? Sebab aku suka lar weyhhh!!!  Mesti korang cakap eleh nak menunjukkan lar lettew sbb ade gambar Apple kena makan an an an,,,hahahaha 

Jeles lettew!!!! Kekeke 

Lagi korang mesti cakap eleh iPad 2 x leyh support flash,,,, rugi je,,, 

alaaa,,,, kalu aku x leyh bukak web yang ada flash aku bukaklar pakai laptop,,,,,hahahah kan da setel,,,, brand DELL aww,,,, ( aku bukannye pnyokong tegar APPLE) Xpom ak bole bukak pakai phone SAMSUNG aku,,,,hohoho.


 'Macam2 ade',,,,,,




p/s: jdlah pengguna yang NAK je,,, bole kita kayakan SAMSUNG, DELL & APPLE,,,hohoho

Cuti sem dah habis...

Friday, November 11, 2011

Sebelum balik ke rumah, bertimbun buku disimpan di dalam beg bajet nak 'study' sepanjang cuti... tp hari demi hari masa diluangkan dengan menonton 'movie'... sengalnya rase... habiskan masa macam tu je hanya dengan menonton movie dilaptop... tapi cuti itu dirasakan berbaloi apabila masa itu dihabiskan bersama orang yang tersayang... keluarga dan juga si dia... tambahan pula selepas cuti masih ada masa untuk mengulangkaji pelajaran  sebelum menduduki 'mid term' untuk semester 3... jadi ia tidaklah menjadi satu beban semasa bercuti... orang lain bercuti sakan kita pula study tahap gaban... no no no, banyak benda yang kita perlu lakukan selain study sepanjang masa... bagi aku, dirumah adalah masa untuk merehatkan diri dan di kampus pula adalah masa untuk mendisiplinkan diri...

Tidak perlu memaksa diri untuk mencapai keputusan yang tinggi... tetapi melakukannya untuk persiapan diri pada masa hadapan... kerjaya... secara tidak langsung ia memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik... terbaik bukanlah sekadar pointer yang tinggi tetapi kepuasan yang kita perolehi... berbaloi dengan usaha yang disumbangkan... itulah yang aku cuba lakukan... kedengaran agak susah tetapi lagi susah untuk melakukannya...kekeke just don't give up! keep trying to get both satisfaction & good performance...

Sepanjang cuti, my Mr.Ariel selalu datang ke rumah... selepas pulang dari kerja si dia akan singgah ke rumahku untuk bertemu aku dan keluarga... tetapi jelas disitu mahu ketemu aku lorh...huhu sanggup si dia datang dari jauh dengan kemeja & seluar slack kerjanya... aku suka my Mr.Ariel berpakaian lengkap kerja sebab nampak si dia agak segak... + macho... huhuhu... 


'thanks dear sebab banyak mengalah dan sanggup datang ke rumah walaupun penat dan agak jauh'...

My Mr.Ariel juga ada membawa aku berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik... tersangatlah gembira... tidak terkata cuma tertulis... itu pun cuma 1/5 yang dapat gambarkan kegembiraan aku...


p/s : tunggu cuti akn dtg pulak...huhu =)




Aku mahu kau tahu...


Cinta itu datang dengan sendirinya... ia adalah satu perasaan yang tidak dapat dinafikan kewujudannya dan tersirat erat dihati seseorang itu... perasaan itu membuatkan kita sangat mencintai dan menyayangi insan yang bergelar kekasih...

  • Aku mahu kau tahu, aku mencintai kamu disaat aku terpana dengan keikhlasan dan kesungguhanmu mencintai aku...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu seadanya kamu... aku tidak kisah kekurangan dirimu kerana kamu sudah cukup sempurna dimataku...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa cemburu denganmu... aku tidak keruan apabila adanya wanita lain disampingmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa perlukan perhatian darimu... dari setiap saat, minit, jam... 
  • Aku mahu kau tahu, aku akan merasa kesunyian tanpa kamu... kamu menceriakan hari-hariku...
  • Aku mahu kau tahu, aku gembira bersamamu walaupun kamu merasakan kamu tidak sehebat yang lain... bagi aku, kamu lar yang terbaik...
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu hatimu lembut walaupun luaran kamu kasar atau suka maki-maki semasa marah.
  • Aku mahu kau tahu, aku tahu kamu romantik walaupun kebanyakan masa kamu berlagak macho...
  • Aku mahu kau tahu, aku sentiasa takut kehilanganmu walaupun aku berlagak aku boleh melupakanmu...
  • Aku mahu kau tahu, aku setia denganmu walaupun jarak antara kita sangat jauh...
  • Aku mahu kau tahu, aku tidak pernah terfikir untuk berlaku curang denganmu... tidak pernah terlintas...
  • Aku mahu kau tahu, aku mencintaimu setulus hatiku... menunggu kita disatukan...

p/s : miss him!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...