Si dia kembali...

Tuesday, September 7, 2010

Pada _hb_2008, ak x pasti...ak mengenali si dia semasa ak belajar di politeknik... pertama kali ak melihat si dia semasa dia sedang 'parking motor' di tempat 'parking' yang mana bertentangan dengan bangunan, tingkat 2, kelas ak... ak hanya memerhatikan gelagat si dia... sampailah si dia hilang dari pandangan mata ak (si dia berjalan menuju ke kelas)... secara jujur, pertama kali aku terpandangnya ak merasakan si dia seorang yang agak kacak (bagi pandangan aku shj)... sejak hari itu, ak sering terserempak dengan si dia... tetapi si dia tidak pernah perasankan diriku... ak ternampak si dia di kelas, berborak di hadapan rumah, berjalan.... ak suka melihat wajah si dia tetapi ak tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada si dia disebabkan pada waktu itu ak masih dengan si ex... si dia satu kos dengan ak dan juga merupakan senior ak (beza setahun jerk)... tetapi perhatian ak terhadap si dia tidak lama, ia disebabkan ak pernah terserempak dengan si dia yang sedang berborak dengan seorang perempuan di hadapan rumah... ak beranggapan si dia sudah tertentu sudah mempunyai teman wanita... perasaan yang agak kecewa sedikit terasa walaupun ak tidak pernah mengharapkan balasan apa-apa dari si dia... Sejak dari itu, ak jarang terserempak dengan si dia lagi...


Pada _hb_2009, ak x pasti... setelah sekian lama ak terserempak dengan si dia di hentian duta menunggu bas... x sangka kami menaiki bas yang sama... 'seat' si dia betul-betul di belakang sedikit sebelah kanan dengan 'seat' ak... dalam hati ak agak teruja jugak sebab terserempak dengan si dia lagi... tetapi hati ak kuat menyatakan dia tidak mungkin perasan ak... sangkaan ak meleset bila si dia menegur ak, bertanyakan samaada ak ingin pulang menaiki 1 teksi dengan si dia kerana pada waktu itu hujan sangat lebat yang menghalang kawan serumah untuk menjemput kami menaiki motor... kami bertukar nombor telefon... 


Sejak hari itu, ak dan si dia sering menghantar sms... kami mula untuk mengenali diri masing-masing... selepas beberapa hari perkenalan, ak memberitahu si dia yang ak telah mempunyai teman lelaki... ak agak kurang pasti dengan perasaan si dia selepas ak memberitahu perkara tersebut... mungkin agak kecewa kerana ak sedar yang si dia mengharapkan lebih dari teman biasa... namun perkara tersebut tidak menghalang kami dari terus berkawan... 


Namun, hubungan sekadar teman itu berakhir apabila ak mula tidak menjawab panggilan telefon dari si dia dan tidak membalas sms... ak menghantar mesej melalui myspace kepada si dia yang ak tidak dapat berkawan dengan si dia lagi kerana ingin menjaga hati si ex... sejak dari itu, si dia tidak menghubungi ak lagi...


Pada _hb_2010, ak tidak pasti... kami berhubungan semula apabila si dia bertanyakan ak kepada teman ak... si dia mengenali teman ak semasa kami keluar menonton wayang cerita 'Avatar'... ak masih ingat lagi, si dia menunggu ak dan teman ak hampir 2 jam... berbalik semula cerita tadi, kami berhubung kembali melalui facebook setelah sekian lama... bertukar number telefon... pada ketika itu, ak tidak perlu lagi menjaga hati si ex kerana kami sudah berpisah... perpisahan ini bukan disebabkan orang ketiga tetapi sikap si ex dan ak sendiri... setelah hampir 3 tahun, akhirnya kami berpisah juga...
ak berhubung semula dengan si dia setelah hampir 11 bulan ak berpisah dengan si ex...


kebetulan ak berkenalan dengan si ex, ak berada semester 1 pengajian ijazah ak... kami berkawan seperti biasa... pada waktu itu, ak dan si dia masing-masing single... ak merasakan terubat kesunyian ak bila berhubung dengan si dia... kenangan lalu bersama si dia mula teringat kembali... setelah berkawan beberapa bulan, ak mula sayangkan si dia... ak tidak pasti samaada sebab ak kesunyian atau cinta... ak tahu si dia juga begitu... kami berdua kesunyian yang memerlukan teman untuk bergantung dan berkonsi masalah... tetapi dalam hati ak timbul perasaan cemburu dan sakit hati sekiranya si dia rapat dengan perempuan lain... si dia pula, ak tidak pasti... sejak itu, kami berdua sering bergaduh, ak mempertikaikan layanan baik si dia terhadap ak... ak sebenarnya takut kiranya ak bertepuk sebelah tangan... ak tidak mahu dikecewakan lagi... biarlah si berterus-terang... 


Setelah ak habis menduduki peperiksaan akhir, ak membuat keputusan untuk terus berhenti berhubung dengan si dia... ak tahu yang ak mengharapkan lebih dari sekadar teman dari si dia... dan ak juga tahu si dia tidak mengharapkan apa-apa... ak berhenti berhubung dengan si dia (ak off handphone)... ak tekad... setelah 2 hari terputus hubungan, apabila ak 'on' semula handphone, ak menerima beberapa mesej dari si dia... dari situ, si dia menyatakan si dia amat memerlukan ak dan tidak mahu ak meninggalkannya... si dia meminta ak memberinya peluang... namun, si dia masih tidak pati perasaannya terhadap ak...


kami terus berkawan... kami berjumpa meluangkan masa bersama teman-teman lain... si dia membuatkan ak keliru... samaada kekasih atau sekadar teman... atau sekadar mempermainkan perasaan ak... sudah berpuluh kali ak meminta si dia berterus-terang perasaannya terhadap ak... sepanjang tempoh tersebut, si dia telah banyak menyakitkan hati ak... mungkin si dia tidak menyedarinya... dan akhirnya....


Pada _hb_2011, ak pasti 4/1/2011... kami berdua bertukar status kepada pasangan kekasih... 















Tampil menawan dapat meningkatkan keyakinan diri...


Berpisah dengan si ex bukanlah sebab untuk diri menjadi selekeh dan enggan untuk bercinta lagi... tetapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik dari dulu... berusaha untuk mengubah penampilan diri merupakan satu permulaan dalam memulakan kehidupan yang baru... terdapat beberapa cara yang dapat dijadikan panduan antaranya :-


  • JANGAN KETERLALUAN. Tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik dan menawan... selain itu, elakkan dari menggunakan penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana ia akan merosakkan solekan... dan pakailah maskara mengikut kesesuaian mata, jangan terlalu tebal kerana hanya menampakkan bulu mata kelihatan palsu... pakailah bedak asas yang bersesuaian dengan kulit muka, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah dari kulit sebenar... dan jangan keterlaluan dalam mengenakan solekan agar wajah kelihatan cantik semulajadi...
  • MENGENAKAN GINCU DENGAN BETUL. Mengenakan gincu yang bersesuaian dengan bentuk bibir dan warna kulit... gariskan dahulu bibir dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan tersebut tidak kelihatan... jangan mengenakan garisan diluar bibir kerana bibir akan kelihatan tebal dan kelihatan tidak semulajadi...
  • SESUAIKAN SOLEKAN DENGAN MAJLIS YANG DIHADIRI. Solekan yang dikenakan bagi sesuatu majlis atau aktiviti adalah berbeza... solekan perlu bersesuaian agar tidak kelihatan pelik semasa majlis atau aktiviti tersebut... 
  • JANGAN RAGU-RAGU MENGENAKAN SOLEKAN. Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan solekan kerana khuatir kelihatan pelik atau keterlaluan... usah bimbang kerana kita hanya mengenakan mulakan dengan solekan yang nipis dan menggunakan warna yang lembut... mengenakan solekan yang nipis adalah lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung...
  • MENGENALPASTI KESELURUHAN PENAMPILAN DIRI. Penting bagi diri untuk mengenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut, bentuk muka dan badan... pilih solekan yang bersesuaian dengan warna kulit agar kelitan semulajadi...selain itu, kenalpasti kulit wajah berminyak atau tidak berminyak... sekiranya berminyak ia memerlukan anda menggunakan pelembab yang mengawal minyak...
  • MEMILIH WARNA RAMBUT YANG SESUAI. Sama seperti solekan, rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit... warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah dan sebaliknya....
  • SENTUHAN TERAKHIR. Setelah mengenakan solekan, pastikan kita sentiasa touch up agar solekan anda hilang atau pudar...

Mencari sinar....

Monday, September 6, 2010



dikala kesepian sudah tentu memerlukan teman terutama apabila ingin melupakan si ex... lupakan si ex? satu benda yang susah... selalunya orang lain akan kata... "ala, x pew... lama-lama nanti lupalah"... tetapi yang menanggungnya sahaja mengerti betapa susahnya untuk melupakan si ex... terlalu perit... kenangan bersamanya susah untuk dilupakan... orang kata selalunya jalan terbaik adalah cari pengganti si ex... namun terdapat juga panduan lain yang boleh diamalkan... Antaranya:-

  • keluar bersama teman-teman... pergi ke tempat yang boleh membuatkan diri terlupa tentang si ex untuk seketika... seperti shopping compleks, genting, dll.
  • hubungi rakan-rakan anda yang sebelum ini yang 'lost contact'... mungkin kawan lelaki yang terputus hubungan disebabkan si ex cemburu... bukan untuk dijadikan pengganti namun sedikit sebanyak dapat membantu untuk melupakan si ex...
  • perbaiki penampilan diri... ini akan membuatkan diri lebih berkeyakinan dari sebelumnya...
  • jangan melarikan diri dengan orang lain... dimana mencari pengganti si ex dengan agak tergesa-gesa... hal ini akan menimbulkan masalah baru...
  • menulis surat... luahkan segalanya diatas sekeping kertas... sesudah itu kertas tersebut dibakar... ia dapat menyalurkan emosi diri...
  • bermesralah dengan binatang peliharaan seperti kucing, hamster, sugar glider dll...
  • bersukan... ia dapat meningkatkan stamina dan terbukti dapat memperbaik 'mood'. 
  • lakukan hobi yang disukai... seperti menonton televisyen, berkebun dan sbgnya...
  • akhir sekali, janganlah trauma dengan cinta... cinta tidak hanya datang sekali seumur hidup... kerana setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya... ada seseorang yang lebih baik dari sebelumnya yang menanti kam0o... Insyaallah...



'Kuharapkan Panas Sampai ke Petang, Rupanya Hujan di Tengahari'...

Thursday, September 2, 2010




        Pepatah ini agak sesuai bagi sesiapa yang pernah putus cinta... yang pasti perasaan yang menyedihkan dan menyakitkan pasti dialami... kekecewaan yang dirasai tidak dapat diungkap dengan kata-kata... putus harapan... dunia menjadi gelap gelita dan air mata yang menjadi peneman setia... pada masa itu, hanya si ex yang difikirkan, ditangisi dan dikenangkan... cinta yang terjalin berbulan-bulan, bertahun-tahun akhirnya putus ditengah jalan... bahkan bertambah perit jika cinta tersebut adalah '1st love'... agak susah dihuraikan dengan kata-kata, hanya empunya badan sahaja yang dapat merasainya... Kita hanya merancang tp tuhan yg menentukan... jika sebelum ini, kita merancang banyak perkara dengan si ex untuk kehidupan pada masa akan datang namun pada suatu hari semua itu musnah angkara sikap si ex itu sendiri... kita cuba untuk melakukan yang terbaik untuk perhubungan tersebut tetapi hanya sia-sia... si ex tidak pandai untuk menghargai usaha kita selama ini... sepanjang perkenalan tersebut kita banyak berusaha untuk memahami si ex, menjaga hati si ex, memberi sokongan kepada si ex, berkorban masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk si ex... walaupun tidak seberapa namun yang pasti kita ikhlas melakukannya untuk kebahagiaan si ex... tetapi si ex???... bukan balasan wang ringgit diminta darinya tetapi cukuplah sekadar menghargai pengorbanan kita dan menyayangi kita seikhlas hati... sikap panas baran si ex juga sering membuat kita menangis menyendiri membuatkan kita tertanya-tanya kekurangan diri sendiri... ia juga membuatkan kita benci terhadap diri sendiri dan terfikir kenapa kita tidak cukup sempurna untuk menjadi seperti yang si ex impikan... kebanyakan benda yang berkaitan dengan kita si ex tidak 
menyukainya dan si ex sering menegur kita untuk mengubahnya... tetapi kita menerima dirinya seadanyanya tanpa pernah mempertikaikan kekurangan dirinya walaupun si ex dengan mudah membicarakan kekurangan kita tanpa ada rasa bersalah... sikap si ex selalu membuatkan kita terfikir untuk meninggalkannya tetapi bukan kerana kita mempunyai orang lain tetapi untuk kebahagiaan si ex... sikapnya yang memaksa kita untuk melakukan sedemikian... bagi orang yang tidak mengerti, kita dianggap kejam dan mementingkan diri sendiri... mereka hanya tahu menilai dan menghukum kita dengan hanya melihat pada luarannya sahaja... kita yang menanggung perit itu... kita tidak kisah dipersalahkan asalkan si ex bahagia dengan seseorang yang boleh membahagiakan si ex lebih dari kita... semua kesalahannya kita maafkan walaupun si ex tidak pernah meminta kita untuk memaafkan kesalahannya..

thnkz si ex utk segalanya... 
  
ak doakan kbahgiaan si ex dengan si wife-nya...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...