Tampil menawan dapat meningkatkan keyakinan diri...

Tuesday, September 7, 2010


Berpisah dengan si ex bukanlah sebab untuk diri menjadi selekeh dan enggan untuk bercinta lagi... tetapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik dari dulu... berusaha untuk mengubah penampilan diri merupakan satu permulaan dalam memulakan kehidupan yang baru... terdapat beberapa cara yang dapat dijadikan panduan antaranya :-


  • JANGAN KETERLALUAN. Tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik dan menawan... selain itu, elakkan dari menggunakan penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana ia akan merosakkan solekan... dan pakailah maskara mengikut kesesuaian mata, jangan terlalu tebal kerana hanya menampakkan bulu mata kelihatan palsu... pakailah bedak asas yang bersesuaian dengan kulit muka, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah dari kulit sebenar... dan jangan keterlaluan dalam mengenakan solekan agar wajah kelihatan cantik semulajadi...
  • MENGENAKAN GINCU DENGAN BETUL. Mengenakan gincu yang bersesuaian dengan bentuk bibir dan warna kulit... gariskan dahulu bibir dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan tersebut tidak kelihatan... jangan mengenakan garisan diluar bibir kerana bibir akan kelihatan tebal dan kelihatan tidak semulajadi...
  • SESUAIKAN SOLEKAN DENGAN MAJLIS YANG DIHADIRI. Solekan yang dikenakan bagi sesuatu majlis atau aktiviti adalah berbeza... solekan perlu bersesuaian agar tidak kelihatan pelik semasa majlis atau aktiviti tersebut... 
  • JANGAN RAGU-RAGU MENGENAKAN SOLEKAN. Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan solekan kerana khuatir kelihatan pelik atau keterlaluan... usah bimbang kerana kita hanya mengenakan mulakan dengan solekan yang nipis dan menggunakan warna yang lembut... mengenakan solekan yang nipis adalah lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung...
  • MENGENALPASTI KESELURUHAN PENAMPILAN DIRI. Penting bagi diri untuk mengenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut, bentuk muka dan badan... pilih solekan yang bersesuaian dengan warna kulit agar kelitan semulajadi...selain itu, kenalpasti kulit wajah berminyak atau tidak berminyak... sekiranya berminyak ia memerlukan anda menggunakan pelembab yang mengawal minyak...
  • MEMILIH WARNA RAMBUT YANG SESUAI. Sama seperti solekan, rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit... warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah dan sebaliknya....
  • SENTUHAN TERAKHIR. Setelah mengenakan solekan, pastikan kita sentiasa touch up agar solekan anda hilang atau pudar...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...