Tuesday, September 13, 2011
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka terlalu sayangkan si lelaki... jadi mereka akan mempercayai 100% apa yang dikatakan oleh si lelaki... hal ini menyebabkan ramai wanita yang ditipu oleh pasangan masing-masing... namun, tidak bermakna kamu tidak boleh mempercayai langsung pada pasangan kamu tetapi biarlah berpada-pada... perlu bijak dalam mengenalpasti sama ada si lelaki menipu atau tidak... bukan hanya menerima bulat-bulat setiap apa yang dikatakan...
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Usia yang semakin meningkat membuatkan wanita yang masih belum mempunyai pasangan terpaksa menerima si lelaki tanpa menitikberatkan kejujuran si lelaki itu terhadap mereka... hal ini disebabkan mereka takut akan di gelar andartu sekiranya masih belum mempunyai pasangan pada usia yang lanjut... namun begitu, pada zaman yang semakin canggih wanita yang bekerjaya lewat mendirikan rumah tangga adalah sesuatu perkara biasa... namun, perasaan risau tidak mempunyai pasangan membuatkan wanita tertekan terhadap pandangan masyarakat, tekanan daripada ibubapa dan juga kerisauan peluang mendapatkan cahaya mata...
hal ini menyebabkan mereka terlepas pandang tentang lelaki pilihannya sebagai suaminya kelak... ia mungkin tidak lagi menitikberatkan tentang sikap, kualiti dan peribadi si lelaki itu...
si lelaki pula suka mengambil kesempatan ke atas wanita yang bekerjaya yang mana membawa maksud tahap kewangannya sudah stabil...
3. Wanita “sosial”.
Wanita jenis ini ialah wanita yang sering terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat... mereka sering ke disko untuk berparti selain mengamalkan pergaulan bebas tanpa had...
selalunya mereka terdiri daripada remaja-remaja dan mereka juga terang-terangan suka mendedahkan dan mengiklankan diri sendiri kepada pemangsa... secara tidak langsung wanita jenis ini mudah ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab...
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita jenis ini ialah wanita yang tidak suka menuntut ilmu... baginya cukuplah sekadar mereka menjadi suri rumah apabila berkahwin kelak... hanya mengharapkan si lelaki yang menanggung segala perbelanjaan... sebab itu mereka mudah ditipu oleh si lelaki kerana terlalu bergantung terhadap kaum adam... berbeza pula dengan wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan, akademik dan dari segala aspek... ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan wanita diperbodohkan oleh si lelaki... mereka lebih bijak dalam mengatasi sesuatu masalah... ia dapat mengelakkan mereka terdedah kepada lelaki yang jenis suka mengambil kesempatan...
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Wanita yang mudah jatuh hati terhadap lelaki handsome atau mungkin lelaki yang mempunyai fizikal yang menggoda hati mudah terjebak dalam kes mudah ditipu... difahamkan si lelaki yang menjadi kegilaan ramai wanita merupakan risiko besar yang perlu ditanggung oleh pasangannya... oleh itu, wanita itu terpaksalah menggandakan benteng pertahanan diri..kekeke
6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita jenis ini ialah wanita yang tidak suka perbesarkan hal-hal yang dianggap remeh walaupun sebenarnya ia agak menyakitkan... mereka boleh dikategorikan dalam jenis yang selalu 'makan hati berulamkan jantung'... mereka sering di dera secara fizikal ataupun perasaan yang mana sentiasa diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab namun masih tetap dengan lelaki itu walaupun mereka sedar mereka terseksa dan tertekan...
Tidak salah bersabar... Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
p/s : perlu ada pendirian bukan hanya mengIYAkan segala hal..
0 Comments:
Post a Comment