Susah sangat ke nak faham!

Wednesday, August 24, 2011



Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang memahami antara satu sama lain dan sentiasa mengambil berat tentang pasangan mereka... mereka sering mencuba untuk memperbaiki kekurangan diri untuk memuaskan hati pasangan... yang paling penting mereka tidak terlalu ego untuk mengalah sekiranya berlaku salah faham dengan pasangan... tetapi berapa ramai yang sanggup melakukan sedemikian terutamanya membuang ego yang ada pada diri... terutamanya si dia yang sering mementingkan diri dan merasakan dirinya saja yang betul... menyakitkan hati bukan? .. berkali-kali si dia melakukan kesalahan yang sama dan berkali-kali jugalah kamu mengalah dengan si dia... lebih menyakitkan hati bila si dia sering menyalahkan kamu walaupun sebenarnya kesalahan itu datangnya daripada dirinya sendiri...


Berkali-kali si dia berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu tetapi sering saja si dia mungkiri... entah ke berapa kali si dia mengulangi kesalahan yang sama tetapi kamu tetap bersabar dengan kerenahnya... kenapa? .. sebab yang pasti ialah kamu terlalu menyayanginya... entah ke berapa kali si dia meminta maaf dengan kamu atas kesilapan dilakukan tetapi kamu tetap memaafkannya... kenapa? .. Sebab yang jelas ialah kamu tidak pernah mengambil hati terhadap sikap si dia... entah ke berapa kali kamu menangis kerana si dia tetapi kamu tetap menerimanya dengan ikhlas... kenapa? .. sebab yang kamu sendiri tidak dapat nafikan ialah kamu terlalu mencintainya... kadangkala, ia membuatkan kamu keliru samaada si dia betul-betul mencintai kamu ataupun tidak... sering saja si dia mengucapkan kata-kata cinta/sayang/rindu terhadap kamu tetapi selalu juga kamu dan si dia bertikam lidah... makin dilayan kerenahnya makin menjadi-jadi... menasihatinya bagaikan mencurah air ke daun keladi... namun bagi kamu, ia adalah kekurangan si dia yang kamu perlu terima... yang mana sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan kerana kamu sendiri telah berjanji untuk menerima dirinya seadanya... walaupun begitu, ada sesetengah perkara yang kamu perlu menyuruh si dia berubah demi kepentingan hubungan itu sendiri...


Kamu banyak bersabar dengan si dia sampailah ke satu tahap dimana kamu tidak boleh lagi tahan dengan sikapnya yang mungkin agak mementingkan diri... tambahan pula si dia seorang yang tidak suka mengakui kesalahannya apatah lagi membuang egonya yang tinggi menggunung itu... kamu perlu lakukan sesuatu! .. yang pasti tindakan kamu bukan untuk meninggalkannya tetapi untuk memberi pengajaran untuk si dia... ‘membalas semula’ adalah satu tindakan yang bijak dengan tujuan untuk menyedarkan si dia atas kesilapannya selama ini... ia adalah dimana kamu meniru semula kesilapan atau sikap si dia sebelum ini terhadap kamu... ia dilakukan semula terhadap si dia... cekalkan hati untuk bersifat ego dan mementingkan diri sendiri sebagaimana si dia pernah melakukannya terhadap kamu... dengan itu kamu dapat melihat tindakbalasnya dan pada masa yang sama kamu bertanyakan perasaannya apabila membuat kamu begitu... secara tidak langsung ia akan membuatkan si dia menyedari kesilapannya... dengan ini, perhubungan yang makin retak dapat diperbaiki...


Namun, yang paling penting dalam sesuatu perhubungan ialah sikap bertolak-ansur itu sendiri... jika kedua-dua mereka mempunyai ego yang tidak bertempat dan mementingkan diri sendiri maka hubungan yang dijalinkan itu sukar untuk bertahan lama...


p/s: si dia banyak menyedarkan aku...







Setia pada yang satu...

Saturday, August 20, 2011



Setia pada yang satu adalah suatu ayat yang sinonim dengan keadaan apabila seseorang yang mengatakan bahawa dia seorang yang setia terhadap kekasihnya... tidak dapat dinafikan hampir setiap orang err sebenarnya lebih tepat ialah semua orang yang bercinta pernah berjanji dengan pasangan mereka bahawa mereka setia pada yang satu... selalunya mula-mula bercinta memang lar berjanji sakan dengan janji setialah, tak menggedik dengan orang lainlah  tetapi apabila sampai ke tahap suatu perhubungan itu menjangkau 2 atau 3 tahun?? Ia menjadi persoalan bonus adakah janji-janji yang ditaburkan 2 3 tahun lepas masih segar di ingatan atau makin hilang dimamah tahun... tapi ia bukanlah satu masalah yang luar biasa kerana kita telah terbiasa dengan pepatah “melayu mudah lupa”... kalau tidak lupa bukan melayu namanya... oppss!


Berapa ramai je yang betul-betul setia terhadap pasangan mereka... jika lelaki, berapa ramai je dari seluruh kaum lelaki yang betul-betul tidak menggatal dengan perempuan lain... walaupun mereka setia tetapi yang gatal-gatal tu memang tak dapat nak elak... boleh dikatakan tak sampai 5% pun yang betul-betul tak gatal... curi-curi pandang perempuan lain boleh dikategorikan menggatal, bertukar phone no. walaupun sebenarnya tidaklah mustahak sangat tu pun menggatal , ini belum lagi yang mana keluar makan sekali, beli barang sekali atau apa-apa jelah sekali... tetap dikategorikan menggatal okay! ... sebab ape? Sebab korang keluar/rapat dengan perempuan lain... yang lagi gempak bila ada yang bergambar berdua, ia tidak menjadi masalah jika mereka bergambar dengan hanya berdiri tegak seperti menyanyikan lagu kebangsaan atau berbaris dipadang untuk berkawad ( ia lebih selamat kan kan kan) tetapi ia menjadi isu kontroversi apabila mereka bergambar seperti belangkas (belangkas betul ko!)... pegang lenganlah atau duduk rapat-rapatlah mengalahkan orang bercinta... Janji setia lah konon! ..


Itu kalau lelaki lar ye... kalau perempuan pula? ... kaum perempuan terkenal dengan sikap yang lemah-lembut, sopan-santun, malu-malu jadi ia tidak berapa sesuai untuk dikategori sebagai perempuan gatal ( tak sopan lar u) tetapi mereka lebih serasi dengan perempuan gedik... actually, perempuan ni sentiasa perlukan kasih-sayang dan perhatian sebab itu mereka menggedik dengan lelaki lain yang lebih mengambil berat... mereka tidak berniat pun untuk curang tetapi cuma TER-gedik dengan lelaki lain... tetapi tidak bermakna mereka berlaku curang, ececeh... dah tu, kamu kaum lelaki merangkap si BF kami sibuk sangat dengan kerja yang sebenarnya tidaklah banyak sangat tetapi saja je kan nak tunjuk diri tu seorang yang komited terhadap kerja... eleh... keje punyalah sibuk kemain tapi duit kahwin tak cukup-cukup jugak... itu yang pelik sangat tu... last-last perempuan gak nak kena tolong top up sikit duit kahwin... haishh... nasib baik sayang kalau tak dah lama err “lu pikir lar sendiri”... nabil yang cakap, kaum korang gak kan...


Eh, tapi ada jugak perempuan yang suka menggedik dengan semua lelaki... yang ni boleh dikatakan perempuan yang tak pernah cukup kasih-sayang dengan seorang lelaki... err... tapi tak sure-lah kenapa mereka berkelakuan sedemikian due to tak sempat nak interview mereka sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar kata mereka... yang ini tidak dapat apa-apa jaminan bahawa betul-betul setia atau sekadar menabur janji untuk menyedapkan hati pasangan mereka...


Setia adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan hubungan jangka panjang dengan pasangan... seboleh-bolehnya hubungan itu dapatlah bertahan hingga ke akhir hayat... setialah terhadap pasangan sebagaimana kamu ingin si dia juga setia terhadap kamu...

p/s: I setia/gedik dengan yang satu je...huhu

Baju raya kami!

Friday, August 19, 2011

Raya pada tahun ini mungkin lebih bermakna dari tahun sebelumnya... beraya bersama keluarga tersayang dan juga seseorang yang tercinta... bagi kebanyakan pasangan akan membeli baju raya bersama-sama yang mana tidak dapat lari dari memilih baju raya yang sedondon... begitu juga aku dan si dia... puas berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain untuk mendapatkan warna baju yang sama... dan akhirnya kedai yang ke-100 (tak sampai pun...ngeh3x) barulah ada yang mungkin agak sama... seronok dapat membeli baju raya bersama si dia... ia adalah kali pertama aku dan si dia beraya bersama dan juga memakai baju yang sedondon... mungkin itu yang dimaksudkan mungkin raya pada kali ini lebih gembira/ceria/bahagia... kami juga sempat berbuka puasa bersama pada hari itu... tak sabar rasanya untuk beraya bersama si dia...


p/s: warna apa ye?huhu

Terlalu cemburu?

Semakin lama sesuatu perhubungan semakin cemburu kita kepada si dia... kadang-kadang ia boleh dikatakan sebagai cemburu buta! mungkin ia dipengaruhi oleh perasaan takut untuk kehilangannya... perasaan yang sering menghantui diri... hal ini disebabkan sikap saling mempercayai sukar untuk dipupuk... mungkin ia memakan masa... perasaan ini selalunya berlaku untuk pasangan yang baru mula mengenali diri masing-masing... banyak perkara yang mereka perlu tahu... bahkan pasangan yang sudah lama juga tidak terlepas untuk berasa cemburu... maka, seharusnya perasaan cemburu ini boleh mengeratkan lagi sesuatu perhubungan bukannya menjadi punca sebuah perhubungan itu retak...


p/s: selalu cemburu dengan si dia...huhu

20 sebab lelaki tak mahu kahwin..

BAJET BELANJA KAHWIN...

  • Mas kahwin                                                 --> RM300
  • Barang2 hantaran                                        --> RM1000
  • Wang hantaran                                            --> RM10000
  • Cincin kahwin                                              --> RM1500
  • Belanja kenduri                                           --> RM10000
  • Sewa pakej pelamin & baju pengantin         --> RM5000
  • Tempahan kad kawin                                   --> RM500
  • Upah jurugambar                                         --> RM1500
                                                                          RM 29,800  


1.  "Duit Belum cukup lagi".
Perempuan manalah tahu betapa susahnya si lelaki mahu mengumpul wang untuk membayar mas kahwin, dengan hantaran lagi... mana tidaknya, mas kahwin dan hantaran tu letak tinggi sangat mengalahkan artis... macam nak jual anak je... kita makan maggie je nak kumpul duit tu, perempuan apa tau... maggie pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Kalau tak ada kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata je... Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu...

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang agak susah. Perempuan sekarang ini ? bila ada duit panggil abang/sayang tapi bila dah tak ada duit sayang pun habis jugak...

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? macam mana mahu kahwin...

5."Banyak sangat halangan"... terlalu banyak prosedur sebelum melangsungkan perkahwinan sekarang ini... Nak kena masuk kursus lar, buat ujian HIV lar bertambah rumit bila keluarga si dia tak sukakan kita... Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amatlah berat... Perempuan apa tau!... haishh... tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana...

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert... Tapi ilmu rumahtangga? tambahan lagi banyak perkara pasal perempuan belum khatam lagi... Kang tak pasal-pasal rumahtangga jadi huru-hara... orang akan salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu terlalu banyak bebanan yang perlu ditanggung... lebih-lebih lagi kalau dapat isteri yang memang 2x5 je... Kena bimbing pula tu... lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri... haisshh... dosa sendiri pun tak tertanggung, inikan pula nak tanggung dosa isteri" .
Terlalu berat tanggungjawab ni... Bukan senang nak pikul dosa orang lain... Dosa sendiri pun tak terpikul... kalau dapat isteri yang memahami kan bagus!

9."Dah mencuba tapi telah dikecewakan".
Perempuan memang suka mengecewakan lelaki... Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker? duda orang ker? terus sapu dan tinggalkan kita!

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu" .
Memang banyak... Tangungjawab lelaki ni lebih besar... keperluan perempuan semua si lelaki yang kena tanggung... sebelum kahwin bapa & saudara lelaki yang tanggung... tetapi bila dah kahwin, suami pula yang kena tanggung...

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer... entah apa yang perempuan sedang cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habis2 nak merajuk dan marah2 macam kita nie suka sangat diperlakukan macam tu" .
Perempuan ni sikit-sikit nak merajuk... Anak kucing dia hilang sehari pun dia merajuk... Macam la kita yang curi anak kucing dia tu... Dah tu nak pujuk kena pula beli hadiah, bawa jalan-jalan, belanja makan? habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau awal-awal, yang ni kita suka dan yang ni kita tak suka, tapi si dia masih buat juga yang kita tak suka".
Perempuan selalu suka buat apa yang kita tak suka... Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka".
Sebenarnya dah memang terluka pun... Cuma perempuan je yang buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai boyfriend".
hmm... si dia banyak kawan-kawan lelaki... Kita ni cuma dalam waiting list dia je...

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Perempuan memang camtu!

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya... Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar... tension!

19. "Nak sambung belajarlah, awek saya tu dah ada master/phd... malu lar".
Takkan kita yang ada SPM ni nak terhengeh dekat awek tu... Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject...

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya" .
Perempuan suka bermain-main dengan hati lelaki yang suka kat dia...

p/s: mahu kahwin lorh... 

Bila perempuan marah...

Thursday, August 18, 2011




Bila perempuan tengah marah-marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau melawan pun tiada faedah
Kerana perempuan takkan mudah mengalah


Bila perempuan tengah naik angin
Baik lelaki jgn ambik pusing
 sebab jika lelaki turut sama melenting
Perempuan akan bertambah bising-bising


Bila perempuan marah-marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sbb kalau lelaki turut sama berkelahi
Perempuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri


Bila perempuan masih duk sakit hati
Baik lelaki pujuk dgn muka manis berseri
Krn silap pujuk perempuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki duk makan hati


Bila perempuan tengah duk berang-berang
Baik lelaki jgn duk cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok perempuan dah jadi tak macam org


Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan perempuan


p/s : ada benarnya...huhu

Tak adil?

Susahkan jika ada yang mementingkan diri dalam suatu perhubungan... terlalu tertekan... jika kita berkawan dengan berlainan jantina si dia sudah membuak-buak untuk marah... apatah lagi jika yang sudah ditegur berulang kali tapi masih melakukan kesilapan yang sama... makin kritikal amarah itu... begitu juga kita, perasaan yang sama membuak-buak untuk marah juga mula kita alami... ditambah pula yang sudah ditegur berulangkali tetapi masih juga melakukan perkara yang sama, ia memang menyakitkan... sikap si dia membuatkan kita semakin membenci... si dia pandai mengatur gerak-geri kita tetapi dia bebas melakukan apa saja... ia tidak adil bukan?... benda yang dijanjikan dibiar terkubur... sesuatu yang dinafikan dulu menjadi tanda tanya... sampai bila hubungan ini akan bertahan??? untuk sebulan lagi? 2 bulan lagi? entahlahh...

p/s: cinta tak semestinya memiliki...

Curiga yang melampau?...

Tuesday, August 2, 2011

Salahkah untuk mencurigai?? tak salah kalau berpada-pada tapi curiga yang melampau? mungkin kedengaran itu agak melampau... memang melampau kot... tak, confirm melampau gila... kenapa perlu curiga? kata orang jikalau makin sayang maka makin timbullah perasaan jeles... yang mana merupakan punca asli/utama/betul/tepat kepada perasaan curiga... jadi curiga ni menunjukkan jumlah sayang seseorang itu... kalau ikutkan kiraan matematik yang tak berapa nak moden untuk kes ini:-


sayang = 1/jeles  maka  sayang x jeles = curiga 
kalau  ++sayang x ++ jeles = curiga banyak2 atau lagi saintifik +++curiga 


wow... so amazing!!. bila selalu curiga makin sayang lar... bila makin sayang makin cinta lar kan... unfortunately, curiga merupakan punca yang agak biul dimana pasangan mengambil langkah 'selamatkan jiwa' dengan memutuskan hubungan... bertambah biul apabila keduanya setuju... kalau ikutkan kiraan diatas memang tidak sepatutnya berlaku sedemikian... melainkan kiraan diatas salah... Errr... 
p/s : rujuk balik buku!

Bosan ke?...

Bosan kan kalau hari-hari ditanya soalan yang sama... bosankan kalau hari-hari mesej dengan orang yang same... lagi bosan kan kalau gaduh hari-hari dengan orang yang sama... makin hari makin membosankan... perasaan sayang tu pown boleh jadi luntur... mungkin sebab letak clorox lebih ni... tu yang makin luntur... makin ditunjukkan perasaan sayang makin terserlah kepoyoan-nya... macam good2 je... kalau jumpa orang macam ni tak payah tunjuk sangat kita sayang dia... tunjuk jew yang kita dah meluat... memang petua membahagiakan....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...