Friday, August 19, 2011
BAJET BELANJA KAHWIN...
- Mas kahwin --> RM300
- Barang2 hantaran --> RM1000
- Wang hantaran --> RM10000
- Cincin kahwin --> RM1500
- Belanja kenduri --> RM10000
- Sewa pakej pelamin & baju pengantin --> RM5000
- Tempahan kad kawin --> RM500
- Upah jurugambar --> RM1500
RM 29,800
1. "Duit Belum cukup lagi".
Perempuan manalah tahu betapa susahnya si lelaki mahu mengumpul wang untuk membayar mas kahwin, dengan hantaran lagi... mana tidaknya, mas kahwin dan hantaran tu letak tinggi sangat mengalahkan artis... macam nak jual anak je... kita makan maggie je nak kumpul duit tu, perempuan apa tau... maggie pun dah nak naik harga!
1. "Duit Belum cukup lagi".
Perempuan manalah tahu betapa susahnya si lelaki mahu mengumpul wang untuk membayar mas kahwin, dengan hantaran lagi... mana tidaknya, mas kahwin dan hantaran tu letak tinggi sangat mengalahkan artis... macam nak jual anak je... kita makan maggie je nak kumpul duit tu, perempuan apa tau... maggie pun dah nak naik harga!
2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Kalau tak ada kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata je... Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu...
3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang agak susah. Perempuan sekarang ini ? bila ada duit panggil abang/sayang tapi bila dah tak ada duit sayang pun habis jugak...
4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? macam mana mahu kahwin...
5."Banyak sangat halangan"... terlalu banyak prosedur sebelum melangsungkan perkahwinan sekarang ini... Nak kena masuk kursus lar, buat ujian HIV lar bertambah rumit bila keluarga si dia tak sukakan kita... Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amatlah berat... Perempuan apa tau!... haishh... tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana...
7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert... Tapi ilmu rumahtangga? tambahan lagi banyak perkara pasal perempuan belum khatam lagi... Kang tak pasal-pasal rumahtangga jadi huru-hara... orang akan salahkan kita gak!
8."Kahwin nanti tentu terlalu banyak bebanan yang perlu ditanggung... lebih-lebih lagi kalau dapat isteri yang memang 2x5 je... Kena bimbing pula tu... lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri... haisshh... dosa sendiri pun tak tertanggung, inikan pula nak tanggung dosa isteri" .
Terlalu berat tanggungjawab ni... Bukan senang nak pikul dosa orang lain... Dosa sendiri pun tak terpikul... kalau dapat isteri yang memahami kan bagus!
9."Dah mencuba tapi telah dikecewakan".
Perempuan memang suka mengecewakan lelaki... Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker? duda orang ker? terus sapu dan tinggalkan kita!
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu" .
Memang banyak... Tangungjawab lelaki ni lebih besar... keperluan perempuan semua si lelaki yang kena tanggung... sebelum kahwin bapa & saudara lelaki yang tanggung... tetapi bila dah kahwin, suami pula yang kena tanggung...
11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer... entah apa yang perempuan sedang cari tu !!
12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habis2 nak merajuk dan marah2 macam kita nie suka sangat diperlakukan macam tu" .
Perempuan ni sikit-sikit nak merajuk... Anak kucing dia hilang sehari pun dia merajuk... Macam la kita yang curi anak kucing dia tu... Dah tu nak pujuk kena pula beli hadiah, bawa jalan-jalan, belanja makan? habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. "Dah bagitau awal-awal, yang ni kita suka dan yang ni kita tak suka, tapi si dia masih buat juga yang kita tak suka".
Perempuan selalu suka buat apa yang kita tak suka... Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka".
Sebenarnya dah memang terluka pun... Cuma perempuan je yang buat tak tau!!
15."Dia nie suka pasang ramai boyfriend".
hmm... si dia banyak kawan-kawan lelaki... Kita ni cuma dalam waiting list dia je...
16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Perempuan memang camtu!
17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya... Takkan nak rampas orang punya kot.
18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar... tension!
19. "Nak sambung belajarlah, awek saya tu dah ada master/phd... malu lar".
Takkan kita yang ada SPM ni nak terhengeh dekat awek tu... Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject...
20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya" .
Perempuan suka bermain-main dengan hati lelaki yang suka kat dia...
p/s: mahu kahwin lorh...
0 Comments:
Post a Comment