Susah sangat ke nak faham!

Wednesday, August 24, 2011



Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang memahami antara satu sama lain dan sentiasa mengambil berat tentang pasangan mereka... mereka sering mencuba untuk memperbaiki kekurangan diri untuk memuaskan hati pasangan... yang paling penting mereka tidak terlalu ego untuk mengalah sekiranya berlaku salah faham dengan pasangan... tetapi berapa ramai yang sanggup melakukan sedemikian terutamanya membuang ego yang ada pada diri... terutamanya si dia yang sering mementingkan diri dan merasakan dirinya saja yang betul... menyakitkan hati bukan? .. berkali-kali si dia melakukan kesalahan yang sama dan berkali-kali jugalah kamu mengalah dengan si dia... lebih menyakitkan hati bila si dia sering menyalahkan kamu walaupun sebenarnya kesalahan itu datangnya daripada dirinya sendiri...


Berkali-kali si dia berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu tetapi sering saja si dia mungkiri... entah ke berapa kali si dia mengulangi kesalahan yang sama tetapi kamu tetap bersabar dengan kerenahnya... kenapa? .. sebab yang pasti ialah kamu terlalu menyayanginya... entah ke berapa kali si dia meminta maaf dengan kamu atas kesilapan dilakukan tetapi kamu tetap memaafkannya... kenapa? .. Sebab yang jelas ialah kamu tidak pernah mengambil hati terhadap sikap si dia... entah ke berapa kali kamu menangis kerana si dia tetapi kamu tetap menerimanya dengan ikhlas... kenapa? .. sebab yang kamu sendiri tidak dapat nafikan ialah kamu terlalu mencintainya... kadangkala, ia membuatkan kamu keliru samaada si dia betul-betul mencintai kamu ataupun tidak... sering saja si dia mengucapkan kata-kata cinta/sayang/rindu terhadap kamu tetapi selalu juga kamu dan si dia bertikam lidah... makin dilayan kerenahnya makin menjadi-jadi... menasihatinya bagaikan mencurah air ke daun keladi... namun bagi kamu, ia adalah kekurangan si dia yang kamu perlu terima... yang mana sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan kerana kamu sendiri telah berjanji untuk menerima dirinya seadanya... walaupun begitu, ada sesetengah perkara yang kamu perlu menyuruh si dia berubah demi kepentingan hubungan itu sendiri...


Kamu banyak bersabar dengan si dia sampailah ke satu tahap dimana kamu tidak boleh lagi tahan dengan sikapnya yang mungkin agak mementingkan diri... tambahan pula si dia seorang yang tidak suka mengakui kesalahannya apatah lagi membuang egonya yang tinggi menggunung itu... kamu perlu lakukan sesuatu! .. yang pasti tindakan kamu bukan untuk meninggalkannya tetapi untuk memberi pengajaran untuk si dia... ‘membalas semula’ adalah satu tindakan yang bijak dengan tujuan untuk menyedarkan si dia atas kesilapannya selama ini... ia adalah dimana kamu meniru semula kesilapan atau sikap si dia sebelum ini terhadap kamu... ia dilakukan semula terhadap si dia... cekalkan hati untuk bersifat ego dan mementingkan diri sendiri sebagaimana si dia pernah melakukannya terhadap kamu... dengan itu kamu dapat melihat tindakbalasnya dan pada masa yang sama kamu bertanyakan perasaannya apabila membuat kamu begitu... secara tidak langsung ia akan membuatkan si dia menyedari kesilapannya... dengan ini, perhubungan yang makin retak dapat diperbaiki...


Namun, yang paling penting dalam sesuatu perhubungan ialah sikap bertolak-ansur itu sendiri... jika kedua-dua mereka mempunyai ego yang tidak bertempat dan mementingkan diri sendiri maka hubungan yang dijalinkan itu sukar untuk bertahan lama...


p/s: si dia banyak menyedarkan aku...







0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...