Setia pada yang satu...

Saturday, August 20, 2011



Setia pada yang satu adalah suatu ayat yang sinonim dengan keadaan apabila seseorang yang mengatakan bahawa dia seorang yang setia terhadap kekasihnya... tidak dapat dinafikan hampir setiap orang err sebenarnya lebih tepat ialah semua orang yang bercinta pernah berjanji dengan pasangan mereka bahawa mereka setia pada yang satu... selalunya mula-mula bercinta memang lar berjanji sakan dengan janji setialah, tak menggedik dengan orang lainlah  tetapi apabila sampai ke tahap suatu perhubungan itu menjangkau 2 atau 3 tahun?? Ia menjadi persoalan bonus adakah janji-janji yang ditaburkan 2 3 tahun lepas masih segar di ingatan atau makin hilang dimamah tahun... tapi ia bukanlah satu masalah yang luar biasa kerana kita telah terbiasa dengan pepatah “melayu mudah lupa”... kalau tidak lupa bukan melayu namanya... oppss!


Berapa ramai je yang betul-betul setia terhadap pasangan mereka... jika lelaki, berapa ramai je dari seluruh kaum lelaki yang betul-betul tidak menggatal dengan perempuan lain... walaupun mereka setia tetapi yang gatal-gatal tu memang tak dapat nak elak... boleh dikatakan tak sampai 5% pun yang betul-betul tak gatal... curi-curi pandang perempuan lain boleh dikategorikan menggatal, bertukar phone no. walaupun sebenarnya tidaklah mustahak sangat tu pun menggatal , ini belum lagi yang mana keluar makan sekali, beli barang sekali atau apa-apa jelah sekali... tetap dikategorikan menggatal okay! ... sebab ape? Sebab korang keluar/rapat dengan perempuan lain... yang lagi gempak bila ada yang bergambar berdua, ia tidak menjadi masalah jika mereka bergambar dengan hanya berdiri tegak seperti menyanyikan lagu kebangsaan atau berbaris dipadang untuk berkawad ( ia lebih selamat kan kan kan) tetapi ia menjadi isu kontroversi apabila mereka bergambar seperti belangkas (belangkas betul ko!)... pegang lenganlah atau duduk rapat-rapatlah mengalahkan orang bercinta... Janji setia lah konon! ..


Itu kalau lelaki lar ye... kalau perempuan pula? ... kaum perempuan terkenal dengan sikap yang lemah-lembut, sopan-santun, malu-malu jadi ia tidak berapa sesuai untuk dikategori sebagai perempuan gatal ( tak sopan lar u) tetapi mereka lebih serasi dengan perempuan gedik... actually, perempuan ni sentiasa perlukan kasih-sayang dan perhatian sebab itu mereka menggedik dengan lelaki lain yang lebih mengambil berat... mereka tidak berniat pun untuk curang tetapi cuma TER-gedik dengan lelaki lain... tetapi tidak bermakna mereka berlaku curang, ececeh... dah tu, kamu kaum lelaki merangkap si BF kami sibuk sangat dengan kerja yang sebenarnya tidaklah banyak sangat tetapi saja je kan nak tunjuk diri tu seorang yang komited terhadap kerja... eleh... keje punyalah sibuk kemain tapi duit kahwin tak cukup-cukup jugak... itu yang pelik sangat tu... last-last perempuan gak nak kena tolong top up sikit duit kahwin... haishh... nasib baik sayang kalau tak dah lama err “lu pikir lar sendiri”... nabil yang cakap, kaum korang gak kan...


Eh, tapi ada jugak perempuan yang suka menggedik dengan semua lelaki... yang ni boleh dikatakan perempuan yang tak pernah cukup kasih-sayang dengan seorang lelaki... err... tapi tak sure-lah kenapa mereka berkelakuan sedemikian due to tak sempat nak interview mereka sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar kata mereka... yang ini tidak dapat apa-apa jaminan bahawa betul-betul setia atau sekadar menabur janji untuk menyedapkan hati pasangan mereka...


Setia adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan hubungan jangka panjang dengan pasangan... seboleh-bolehnya hubungan itu dapatlah bertahan hingga ke akhir hayat... setialah terhadap pasangan sebagaimana kamu ingin si dia juga setia terhadap kamu...

p/s: I setia/gedik dengan yang satu je...huhu

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...