Ciri-ciri orang yg mencintai kam0o...

Wednesday, July 6, 2011


kam0o sering mencurigai si dia dan sering terfikir samaada si dia mencintai kam0o atau tidak... Namun kam0o tidak sedar perlakuan seseorang terhadap diri kam0o adalah satu petanda yang menunjukkan si dia memang mencintai dan menyayangi kam0o... Si dia mungkin bukan jenis yang selalu meluahkan perasaannya terhadap kam0o melalui kata-kata tetapi si dia lebih suka membuktikan cintanya melalui perbuatan... Antara ciri-ciri yang kam0o patut ketahui:-

  • Tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Seringkali si dia kelu utk menjawab soalan kam0o untuk nyatakan sebab si dia mencintai kam0o... Bg dia, dia mencintai kam0o seadanya... kalau si dia memberitahu kam0o yang dia mencintai kam0o sebab hidung kam0o mancung, dan pada suatu ketika kam0o ditimpa kemalangan dan hidung kam0o patah/kemek, sudah tentu si dia akan meninggalkan kam0o...
  • Yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. Walaupun kam0o berkasih dengan orang lain si dia tetap mendoakan kebahagiaan kam0o... Si dia inginkan kam0o bahagia disamping seseorang yang boleh membahagiakan kam0o...
  • Menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.Walaupun berat badan kam0o meningkat, si dia tetap menyatakan dia mencintai kam0o... Sekalipun penampilan kam0o kurang menarik si dia tetap mencintai kam0o dan antara sedar dan tidak sedar si dia sendiri akan mengubah penampilan kam0o menjadi lebih menarik secara perlahan-lahan...
  • Selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini. Si dia sering mengirimkan kam0o sms atau call kam0o untuk bertanya kabar kam0o walaupun kam0o merasakan soalan tu sudah ditanya berulangkali... dan pastinya jawapan kam0o juga sama dengan jawapan untuk soalan sebelum tuh... Si dia langsung tidak menunjukkan perasaan bosan.
  • Selalu mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya. Ini menunjukkan si dia sering terfikirkan mu dan ingin kam0o mengetahui bahawa dia mencintai kam0o...
  • Si dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. Walaupun si dia tidak dapat menyambut hari lahir kam0o si dia tetap mengucapkan melalui sms atau call... Si dia pasti akan mengirimkan ucapan yang mendoakan kebahagiaan kam0o bersama yang tersayang dan pastinya bersama keluarga dan dia...
  • Selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan adakalanya si dia akan menceritakan semula pasal kisah silam kam0o berdua sebelum couple atau saat2 bahagia kam0o berdua walaupun kam0o sendiri yang sudah lupa...
  • Selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kam0o sendiri sudah lupa yang kam0o pernah mengungkapkannya. Kerana si dia menyematkan kata-katamu di hatinya, kata-kata penuh harapan yang kam0o tuturkan padanya, dan akhirnya kam0o sendiri yang memusnahkannya? Pasti kam0o lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kam0o.
  • Belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu. Si dia akan mendengar lagu kesukaan kam0o berulang kali... si dia ingin mengetahui maksud di sebalik lagu tersebut...
  • Sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Si dia bimbangkan kesihatan kam0o... sekiranya kam0o berada di depan mata si dia sendiri akan menghantar kam0o ke klinik dan menjaga kam0o sehingga kam0o sembuh.
  • Si dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu. Si dia akan mendoakan kejayaan kam0o malah sebelum kam0o menghadapi ujian si dia akan memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan 'gud luck' walaupun si dia telah mengucapkannya sebelum tuh...
  • Memberikan suatu barang miliknya. Si dia pasti ingin kam0o menjaga barangnya seperti kam0o menjaga dirinya... adakalanya si dia akan memberikan kam0o binatang peliharaannya seperti hamster, sugar glider, guinea pig, kucing dan lain-lain... Si dia tidak mahu kam0o kebosanan maka dia memberikan teman kepada kam0o...
  • Terdiam ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu. Si dia tergamam mendengar suara kam0o dan teletah kam0o berborak dengan dia... kerana sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya...
  • Selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kam0o dan membuatkan kam0o bahagia disamping dia...
  • Sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Si dia risau akan keselamatan diri kam0o dan sentiasa ingin kam0o dalam keadaan baik-baik saja... Jangan terkejut kalau si dia sering bertanya kam0o dimana, bersama siapa...
  • Dia benar-benar takut kehilangan kamu. Disaat kam0o ingin tinggalkan dia, dia akan menangis tanpa segan silu dihadapan kam0o kerana si dia ingin kam0o tahu bahawa dia betul-betul perlukan diri mu dalam hidupnya...
  • Sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kam0o lebih dari 10 kali dlm sehari. Si dia juga akan bertanyakan soalan kepada kam0o berulang kali seperti 'awk syg sy x?'... ini menunjukkan si dia ingin mengetahui samaada cinta kam0o terhadapnya masih sama atau sudah berkurangan... jika berkurangan si dia akan memperbaiki atau mengubah perkara yang kam0o tidak suka...
  • Kalau kamu melihat handphone si dia dan nama kam0o akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. Si dia merasakan ianya terlalu berharga untuk dipadam atau dibuang...
  • Si dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu. Si dia tidak akan berlaku curang terhadap kam0o dan dia sendiri juga akan memberitahu kam0o sekiranya dia ingin kemana-mana atau melakukan sesuatu walaupun kam0o tidak bertanya...
"Hargailah si dia yang mencintai kam0o... jika tidak kam0o akan menyesal!"

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...