Tanda seorang lelaki menyayangi kam0o...

Wednesday, July 6, 2011


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta kepada kam0o, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas... Jika sebelum ini hatinya yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut sutera... Malah sekiranya si dia seorang yang tinggi egonya sebelum ini, tetapi dengan kam0o si dia terpaksa membuang egonya demi menjaga hati kam0o... jika sebelum ini, si dia seorang yang agak panas baran dan tegas tetapi dengan kam0o, si dia banyak bersabar dengan teletah kam0o... Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai... Perubahan ini kam0o akan menyedarinya sendiri... Antara tanda-tanda seorang lelaki benar-benar menyayangi kam0o:-

  • Teman lelaki kam0o sentiasa BERSUNGGUH-SUNGGUH melakukan sesuatu untuk kam0o dengan rela hati. Ini menunjukkan kam0o tidak silap memilih teman hidup... Si dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan kam0o sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar...

  • Teman lelaki kam0o sentiasa membuat hatimu SENANG dan TEHIBUR. Si dia sentiasa membuatkan kam0o bahagia walaupun hanya sekadar lawak jenaka... dan jika ada masa terluang si dia akan mengajak kam0o keluar menonton wayang, z0o, taman burung, taman dll...

  • Teman lelaki kam0o kuat MEMBEBEL. Si dia sentiasa memberikan kam0o nasihat dan menegur sikap kam0o yang kurang disenangi... mungkin kam0o malas, suka tidur atau suka kuar malam... dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar kam0o berubah untuk menjadi lebih baik agar hubungan yang terjalin tidak mengahadapi masalah terutamanya pada masa akan datang... ini menunjukkan si dia tidak menginginkan orang lain untuk menjadi pengganti kam0o...

  • CEMBURU.  Ia merupakan sikap yang paling tidak di sukai oleh kebanyakan insan yang bercinta... kam0o akan menyedari sikapnya yang mengambil berat akan siapa teman-temanmu... terutamanya lelaki... si dia sebenarnya tidak suka kam0o berkawan dengan lelaki... bukan kerana ingin mengongkong kam0o tetapi si dia takut kehilangan kam0o...

  • Menyatakan dia selalu MEMIKIR dan RISAUKAN kesudahan hubungan kam0o. Si dia inginkan perhubungan dengan kam0o sampai ke jinjang pelamin... si dia tidak ingin kehilangan kam0o... malah si dia sentiasa fikirkan mengenai hubungan kam0o dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.. 

  • Sentiasa CURIGA dan MARAH sekiranya kam0o bercerita atau berjumpa lelaki. Si dia memang tidak suka kam0o bercerita tentang lelaki lain, ia seolah kam0o mencabar dia... si dia risau kam0o akan berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang merupakan pencabar terdekatnya... ini menunjukkan cintanya begitu mendalam terhadap kam0o...

  • SENSITIF dan mudah MARAH. Apabila kam0o tidak mengendahkan si dia, ia membuatkan si dia terasa hati yang mana boleh menimbulkan perasaan cemburu yang meluap-luap tambahan pula kam0o menjadi pendengar setia dengan orang lain... si dia akan merasakan dirinya tidak berguna...

  • Teman lelaki kam0o seorang yang LUCU. Lucu yang dimaksudkan adalah bersikap seperti anak-anak kecil semata-mata untuk menarik perhatian kam0o... si dia ingin bermanja dan mendapat layanan yang lebih daripada orang yang kam0o pernah sayang... si dia inginkan kam0o menumpukan perhatianmu terhadap dirinya sahaja selain keluarga kam0o... bukan mudah bagi seorang lelaki yang kelihatan macho berubah menjadi sedemikian... kam0o beruntung!

  • Teman lelaki kam0o akan MEMBANTU mu disaat kam0o mengahdapi masalah. si dialah orang pertama yang membantu kam0o sekiranya kam0o menghadapi masalah... si dia tidak mahu kam0o berada dalam kesusahan dan si dia merasakan adalah tanggungjawabnya untuk membantu kam0o... si dia tidak ingin kam0o dibebani kerja atau masalah...

  • Bertanyakan soalan yang sama 'U MASIH SAYANG I?. Jangan kam0o anggap soalan itu membosankan... si dia sering bertanyakan soalan itu kerana si dia tidak mahu syang kam0o terhadapnya luntur... si dia sangat menyayangi kam0o dan mahu kam0o ingat bahawaa kam0o adalah miliknya...

  • Menitiskan AIR MATA kerana kam0o. Bukan mudah untuk membuatkan seorang lelaki menangis kerana seorang perempuan... lelaki terlalu ego untuk menitiskan air mata namun sekiranya kekasih hatinya menyakiti hatinya si dia akan mengalirkan air mata... kerana si dia terlalu menyayangi dan mencintai kam0o... kam0o terlalu beruntung memiliki si dia...

  • Mementingkan DIRIMU lebih dari dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kebahagiaan kam0o... Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya... Impiannya ingin membahagiakan kam0o dan menjaga kam0o hingga ke akhir hayatnya...

LELAKI ini sangat menyayangi kam0o... si dia terlalu mencintai kam0o dan ingin kam0o menjadi teman hidupnya sehingga ke hujung nyawanya... si dia ingin kam0o menjadi isterinya dan ibu untuk anak-anaknya... si dia ingin kam0o menjaganya apabila dia sakit... si dia ingin kam0o disampingnya apabila dia dalam kesusahan... si dia sentiasa perlukan kam0o dalam hidupnya... si dia akan berusaha membahagiakan kam0o dan mementingkan kesenangan diri kam0o... HARGAILAH si dia yang mencintai kam0o... 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...